Filem Silence Of 177 dikritik berkualiti rendah?



Selepas sahaja Filem bertajuk Silence of 177, terbitan New Breed Production ditayangkan di pawagam seluruh Negara pada Januari, ramai pengkritik, mengkritik filem arahan Marc Abas ini dan menjadikan filem ini sebagai bahan ketawa.



Terdahulu, skrip filem ini ditulis dan arahan oleh Marc Abas, dan dibintangi oleh Peter Tobob, Marco Nicho, Che Chi dan ramai lagi.



Filem ini berdasarkan kisah benar tentang perjuangan sekumpulan adik-beradik yang telah menyaksikan kekejaman penjajah Jepun terhadap penduduk-penduduk di tanah Borneo.





Ramai YouTuber yang mengkritik filem ini, dan YouTuber yang menggunakan akaun Shaft_farizal turut tidak ketinggalan mengambil bahagian mengkiritik filem ini.



Katanya dalam satu video berdurasi 6 minit 30 saat, selepas beliau menonton filem itu secara berbayar di panggung, dia mula berfikir mengapa “Silence Of 177” lepas untuk ditayangkan di pawagam.



Selain itu, YouTuber tersebut turut mempersoalkan kenapa panggung wayang di tempatnya boleh mengambil filem ini, sedangkan masih banyak filem lain yang boleh diambil.



 



“Filem ini adalah sebuah karya yang saya tak boleh nak panggil sebuah filem untuk tayangan 2023, lagi-lagi menjangkakan penonton membayar untuk menontonnya.



“Saya tidak nampak filem ini boleh berjaya mengaut keuntungan melainkan mungkin mendapat apresiasi dalam sesetengah komuniti peminat filem.



“Saya lagi percaya jika filem ini dihasilkan dan terus ke platform streaming, televisyen, festival ataupun dvd.



“Berdasarkan sebuah artikel, filem ini dihasilkan dalam setahun tiga bulan dengan kos sebanyak RM950,000.00 dengan RM400,000.00 dana daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia  (FINAS).



“Adakah berbaloi kos itu dengan kualiti filem ini. Itu terpulang kepada individu tapi bagi saya tak boleh nak fikir bagaimana semua kos itu diuruskan dalam menghasilkan filem ini. Kemungkinan besar kebanyakan kos lebih kepada perbelanjaan CGI filem ini,” katanya.



Tambahnya lagi, filem tersebut mempunyai kualiti yang boleh katakan kelihatan ‘”too old school for nowdays audience,” dan audio ada masa tak jelas namun mujur ada sarikata yang membantu, selain itu sinematografinya pula kelihatan biasa-biasa saja.





“Filem ini ada story dan mesej yang dia nak sampai, yang itu saya boleh puji. Tetapi bagi saya masalah dari segi skrip, pengarahan dan penyuntingannya menjejaskan segalanya.



“Pacing filem ini tidak sekata secara keseluruhan. Filem ini seperti koleksi kejadian-kejadian menarik yang disusun dan diselitkan perbualan di anataranya.



“Kenapa saya kata koleksi kejadian-kejadian menarik, adalah kerana perjalanan antara dari satu kejadian ke kejadian yang kelihatan tiada kaitan, tidak lancar dan kadang kala tiba-tiba.



“Salah satu karektor utama iaitu Tobob. Saya rasa janggal dengan perkembangan beliau. Saya tak kenal karektor ini sebagai berkebolehan kerana pada awal dia ditolak untuk sertai lawan penjajah. Namun selepas beberapa scene dia secara tiba-tiba dalam sebuah montaj boleh menentang askar-askar dan pangkalan jepun seorang diri sebagai seorang pejuang misteri.



Pelancaran filem Tribesman The Last Red Hunter


“Ideanya ada tapi dieksekusi lemah. Maksud saya tunjukkanlah bagaimana dia kembangkan kemahirannya, dan tipu muslihat yang digunakan untuk melawan askar-askar Jepun. Itu boleh menampakkan perkembangan yang neutral.



“Tak lupa juga kejadian di mana seorang askar Jepun yang ada simpati dengan Tobob. Ianya tak ada berfungsi. Kalau ia pun nak tanamkan idea yang dalam askar Jepun ada yang berhati perut dan hanya menurut perintah, tetapi ianya tidak membawa ke mana-mana. Idea itu diadakan dan kemudian ditamatkan dalam hanya beberapa scene. Ia tidak beri apa-apa kesan kepada perjuangan Tobob,” komennya.



Selain itu beliau turut mengkritik pemaparan yang berani daripada wanita-wanita dalam filem itu yang sememangnya tak diperlukan langsung.  Pemaparan itu sekejap saja dalam beberapa scene, tapi ia kelihatan janggal dan lagi tak diperlukan.



“Kreativiti luas untuk diterokai dan ada yang lebih mudah untuk digunakan. Walaupun ia mendapat tempat ‘consent’ pemerannya tetapi ‘it’s not worth it’. Ada beberapa scene bagi saya kelihatan tak kena dengan situasi mungkin kerana skrip dan arahan, sesetengah scene itu kelihatan seperti perbualan harian atau tak natural.



“Penyuntingan filem ini tidak kemas. Dalam beberapa scene terdapat banyak cut, ataupun cut yang tak perlu di masukkan menyebabkan kelihatan amatur.



“Dari segi lakonan saya boleh kata tiada pun yang menyerlah semuanya biasa-biasa saja. Ada juga yang melebih-lebih dan kelihatan janggal.



“Berdasarkan kenyatan dalam sebuah artikel, niat penghasilan filem ini adalah untuk berikan kesedaran kepada generasi baharu tentang perjuangan pejuang-pejuang tanah Borneo. Bagi saya untuk laksanakan niat itu, lebih elok hasilkan sebuah dokumentari dan lakon semula.



“Selain itu juga mungkin ‘silence of the 177’ ini bagi saya perlukan narrator untuk jelaskan apa sebenarnya yang berlaku sepanjang filem ini, memandangkan saya tidak tahu apakah yang berlaku sepanjang filem ini,” tambahnya.



Beliau turut berpendapat secara keseluruhan filem ini, adalah filem yang berkualiti rendah yang baginya tidak berbaloi sebagai tontonan berbayar di pawagam.



“Biarpun saya menyatakan ini, dan tidak menyebelahi hasil titik peluh pembikin filem ini, saya memuji semangat yang ditunjukkan oleh Marc dan kru serta bintang-bintangnya.



“Dalam sebuah temuramah, Marc menyatakan beliau telah ceburi dunia filem lama dan beliau bosan asyik memainkan peranan sebagai orang jahat, maka terus bergerak sendiri hasilkan filem sendiri agar beliau boleh jadi hero.



“Saya perlu akui, saya sebenarnya tabik dengan pembikin filem seperti Marc. Beliau berani bertindak tanpa menunggu dan buang masa untuk dapatkan peruntukan. Beliau terus lakukannya dengan cara sendiri dan hasilnya, beliau telah hasilkan banyak filem, sebelum filem ini.



“Marc mengingatkan saya tentang seorang pembikin filem bernama Neil Breen yang juga telah hasilkan banyak filemnya sendiri. Beliau juga antara pembikin filem yang saya tabik kerana berani buat sendiri dan jual,” katanya lagi.



Dalam komen terakhirnya, beliau mengakui kenyataan dalam videonya itu hanya sekadar pendapat sebagai seorang insan dari jutaan orang di Negara ini, dan berkemungkinan besar beliau bukanlah antara sasaran filem ini.



“Sememangnya saya tak boleh nafikan tidak kira bagaimana kualiti filem itu jika tahu memasarkannya, untung tetap boleh diperolehi. Maksud saya, macam seorang pembikin veteran yang banyak gelaran, dalam bidang akademik, dan beliau dah banyak sangat buat filem. Dan sehingga kini masih lagi ada peluang untuk buat filem. Walaupun kualiti filemnya semakin lama semakin banyak dipersoalkan tapi tak boleh dinafikan berkemungkinan filem-filemnya teruk itu masih boleh menjana pendapatan.





“Pendapatan jujur darpada saya adalah,diharap Marc boleh terus belajar untuk meningkatkan kualiti filemnya dan tidak terlalu selesa dengan cara kebiasaan beliau. Saya hanya boleh menyatakan harapan dan tuan empunya badan yang membuat pilihan,” katanya sambil memberikan rating 1/5 untuk filem tersebut.


Comment As:

Comment (0)

No comment found!