Filem Silence Of The 177 dapat kritikan pedas, ini jawapan Marc Abas.



Siapapun jika menerima kritikan yang pedas dan dijadikan bahan ketawa, apa lagi mengenai usaha dan titik peluh yang dicurahkan ke atas sesebuah karya, pastinya rasa kecewa dan lemah semangat untuk terus berkarya. Namun berbeza dengan Pengarah Filem terkenal Marc Abas yang mana, semua kritikan yang diterimanya dianggap sebagai garam dalam masakan dan tidak perlu pusing kepala memikirkan perkara tersebut.





Pelancaran filem Tribesman The Last Red Hunter


Terdahulu FH Media menyiarkan cerita panas pada Rabu mengenai filem arahan Marc yang kesembilan bertajuk Silence Of The 177, dikritik hebat oleh YouTuber yang menonton filem panggung itu.



“Biarkan mereka menyalak. Jika kita melayan karenah mereka, maka kita tidak mampu melakukan tugas kita sebagai pembikin filem.



“Mereka tidak akan ada kontent jika kita tidak buat filem. Biarlah mereka membebel, sementara kita fokus buat filem. Itulah keseronokan mereka.



“Saya yakin diorang akan membeli tiket awal untuk menonton filem saya yang seterusnya untuk perisian konten mereka.


Trailer filem Silence Of The 177


“Kalau Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) yang tegur, kita akan dengar. Tetapi kalau pengkritik yang bercakap, biarkan ianya berlalu seperti angin sebab demi kontent mereka sanggup buat post mortem karya-karya kita. Kita kena faham cara mereka cari makan.



“Mereka hanya boleh memulakan tugas mereka, sebaik sahaja kita telah melakukan tugas kita. Mereka memerlukan kerja kita, untuk menjadikan mereka kelihatan baik. Maksudnya, kita sentiasa di hadapan, dan mereka hanya mengikut.



“Dan ianya bagai politik, pesaing boleh gaji mereka menyelidik dan buat kritikan sedemikian, dan kitapun boleh gaji mereka untuk memuji filem Kita sendiri. Mereka ini sama seperti cyber troopers,” katanya sambil mengucapkan terima kasih kepada pengkritik kerana sudi membeli tiket menonton filem tersebut.





400 orang menonton Silence Of The 177


Sebagai rekod, filem Silence Of The 177 adalah filem kesembilan arahan Marc dan telah ditayangkan di pawagam seluruh Negara pada Januari, dan mendapat pujian daripada isteri Ketua Menteri Sabah pada ketika itu.



Kongsinya, sungguhpun banyak pengkritik yang mengkritik filemnya namun pendapatan jualan tiket amat memberangsangkan.



Katanya, selepas penayangan pawagan telah tamat, filem ini akan ditayangkan di seluruh daerah melalui kaedah “Wayang Pacak.”





Antara sebahagian pengunjung yang menginap di Hidden Paradise Resort Papar, menonton Silence Of The 177


“Kita telah buat penayangan ‘Wayang Pacak’ di Hidden Paradise Resort Papar dan mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan.



“Selepas ini, kita akan menjelajah seluruh Dareah yang ada di Sabah sepanjang tahun ini bagi memberikan peluang kepada masyarakat luar daerah untuk menonton filem kita. Selepas Papar, kita akan ke Tamparuli dan Ranau,” tambahnya.





Menurutnya, idea untuk membuat penayangan berkonsepkan “Wayang Pacak” adalah hasil cadangan daripada CEO FINAS, dan beliau megakui usaha ini sangat berbaloi setelah melakukannya di Papar.



“Bagi saya, saya tidak kejar untung. Saya kejar pendedahan. Makin ramai yang menonton karya kita, maka ianya akan lebih baik.



“Pertama ianya akan menjadi inspirasi kepada mereka. Kedua mereka akhirnya tahu orang kita, pandai membuat filem dan bangga dengan anak seni kita yang semakin maju ke hadapan.



“Saya tidak akan berhenti untuk buat filem, dan sekarang ini saya sedang mengusahakan filem yang kesepuluh.



“Soal kritikan, biarkan mereka. Jangan main filem jika takut dikritik,” akhirinya.