Warga tempatan minta pemandu Alza putih di jalan Taman Suria Penampang menghubunginya



Seorang warga tempatan mendapat pujian daripada warganet apabila beliau yang menggunakan nama Kelly Lo dalam media sosial Facebook, tampil memohon maaf dan mencari pemandu Perodua Alza berwarna putih, selepas mengakui kesalahannya yang mungkin menyebabkan kereta terbabit tercalar.



Beliau yang memandu Perodua Kelisa bernombor plat SAA 9964B, mengakui semasa melalui jalan Taman Suria Penampang, beliau memotong secara berbahaya disebabkan pada ketika itu dalam keadaan kecemasan.





Tidak dinyatakan bila kejadian ini berlaku, namun apa yang pasti dalam ciapannya di Facebook Penampang Voice pada Sabtu turut meminta agar sesiapa pemilik kenderaan terbabit untuk menghubunginya di talian 010-9524 404.



Di dalam ruangan komen statusnya itu, ramai warganet memuji tindakan jujurnya dan menjadikannya sebagai satu contoh dan teladan kepada orang lain untuk bertanggungjawab atas kesalahan yang telah dilakukan.





Selain mendapat lebih daripada 700 tanda suka, dan 20 perkongsian serta pujian, turut terselit nasihat warganet yang menggunakan nama Bintang Langit, menasihati Kelly agar berhati-hati ketika memandu kerana kecuaian bukan sengaja bukan saja akan memudaratkan diri tetapi juga akan menyebabkan kecelakaan kepada orang lain. Dalam teguran tersebut turut menyamakan kes yang berlaku baru-baru ini melibatkan kes pemandu Jeep yang membuat U-turn di laluan yang tidak dibolehkan, sehinggakan si mangsa menderita.