Lelaki pengsan ketika mendaki



Kegembiraan lapan orang pendaki bukit kubong Hiking Trail lebih kurang 7.46 pagi tadi di sini, bertukar detik cemas apabila seorang daripada mereka pengsan akibat keletihan.



Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat WP Labuan, lelaki berusia 33 tahun itu jatuh pengsan dan tidak mampu meneruskan perjalanan akibat mengalami keletihan, dan dibawa turun serta dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.



Operasi menyelamat daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Labuan dan Balai Bomba dan Penyelamat Layang-Layangan tapat pada 10.08 pagi.