Lima orang penerima Anugerah sempena Majlis Perasmian ASOMH Scientific Conference 2023



Subang Jaya: Hampir 200 orang delegasi meliputi Pegawai Sains dan kakitangan Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pensyarah dan penyelidik dari IPTA/ IPTS, agensi kerajaan dan swasta yang berkaitan dengan bidang Sains Kesihatan Bersekutu (allied health) menyertai Majlis Perasmian ASOMH Scientific Conference 2023 telah berlangsung di sini pagi ini 8 Mei 2023.





Dirasmikan oleh Haji Mustafah Md Nor, Timbalan Pengarah Kanan, Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu mewakili Menteri Kesihatan, program ini merupakan penganjuran kali ke-5 oleh Persatuan Pegawai Sains Kementerian Kesihatan Malaysia (ASOMH).



Persidangan ini merangkumi sidang plenari dan sesi syarahan dari pakar-pakar dalam bidang pengkhususan masing-masing serta pembentangan kajian Saintifik berkaitan dan Kesihatan Bersekutu. 



Dalam persidangan tersebut, persatuan memberi pengiktirafan khas bagi penerima- penerima yang telah menabur bakti memberi sumbangan penting dalam pembngunan dan kemajuan bidang Kesihatan Bersekutu di Malaysia, yang mana ianya pertama kalinya dibuat olen persatuan tersebut. 





Seramai 5 orang penerima telah menerima anugerah dalam kategori Anugerah Jasa Kebaktian (1 orang), Anugerah Jasa Cemerlang (1 orang) dan Anugerah Khidmat Kesatria (3 orang).



Sebagai rekod, ASOMH ditubuhkan pada tahun 2005 yang terdiri daripada pelbagai bidang Profesion Pegawai Sains di KKM seperti Kimia Hayat, Mikrobiologi, Fizik, Genetik, Embriologi, Biomedikal, Forensik, Pemakanan dan Kaji Serangga.