23 anggota PDRM sertai ekspidisi menawan Gunung Kinabalu



Kota Kinabalu: Satu majlis perlepasan Flag Off Ekspedisi Menawan Gunung Kinabalu bagi tahun 2023 anjuran Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu di Perkarangan Lobby IPD Kota Kinabalu telah diadakan pada Ahad, dan disempurnakan oleh SUPT Hajah Kalsom binti Haji Idris, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu.



Ekspedisi yang diketuai oleh YDH ACP. Zaidi bin Abdullah, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu bersama 23 orang pegawai kanan dan rendah PDRM daripada IPD KK & IPD Kota Belud itu bakal berakhir pada 10 Mei 2023.





Warga IPD Kota Kinabalu merakamkan ucapan tahniah kepada para pendaki yang telah terpilih untuk menyertai cabaran ekspedisi, dan mengiringi ekspidisi itu dengan doa agar perjalanan dan pendakian para pendaki PDRM kelak diberikan keselamatan dan perlindungan sepanjang masa, dari mula hingga akhir.