22 orang pengamal media sertai Program Kembara Media 2023



Sempena program Kembara Media 2023 anjuran Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) melalui Jabatan Penerangan Malaysia,  satu sesi Ramah Mesra bersama-sama Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil telah diadakan di Gamuda Cove, Selangor pada Isnin.  



Dalam program tersebut seramai 22 orang pengamal media massa dan digital daripada 15 agensi seluruh Malaysia menyertai Program Kembara Media 2023 ke Selangor serta Negeri Sembilan bermula Isnin hingga 11 Mei 2023.





Program tersebut bertujuan untuk memasarkan maklumat pembangunan kerajaan negeri-negeri dengan mempromosikan lokasi menarik dan produk tempatan yang dihasilkan oleh penduduk setempat.



Hadir sama dalam program tersebut antaranya Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching  dan Ketua Setiausaha KKD, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa.