Pameran agensi di bawah KUSKOP dan Jualan Koperasi MADANI catat jualan RM125,301.03 di hari kedua



Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick, pada Ahad hadir ke Program Usahawan dan Koperasi Sempena Pesta Kaamatan bagi hari kedua.



Dalam program tersebut, beliau yang bersama dengan tetamu jemputan dan berpakaian etnik tradisi Sabah turut menyantuni pengunjung, usahawan dan koperasi setempat serta petugas pameran agensi yang hadir.





Pameran agensi di bawah KUSKOP dan Jualan Koperasi MADANI serta reruai jualan usahawan tempatan yang berlangsung selama dua hari tersebut telah menerima sambutan yang baik dan menggalakkan dengan pelbagai jenis barangan seperti produk IKS tempatan, kraf tangan etnik, kuih muih dan barangan keperluan asas seperti gula, minyak masak, telur, beras dengan tawaran harga patut. Jumlah keseluruhan jualan yang dicatatkan bagi program ini adalah sebanyak RM125,301.03.



Selain itu, antara yang menjadi tumpuan ialah reruai Rumah Tradisi Etnik yang mengetengahkan elemen kebudayaan dan warisan dalam menyemai semangat perpaduan masyarakat pelbagai kaum sempena meraikan Pesta Kaamatan.