MOTAC dan Negeri Kedah bincang kerjasama strategik



Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Hajah Saraya binti Arbi pada Ahad telah mengadakan kunjungan hormat kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato' Haji Norizan bin Khazali.



Tujuan kunjungan hormat tersebut diadakan untuk membincang dan menjalinkan kerjasama strategik antara MOTAC dengan Kerajaan Negeri Kedah dalam penganjuran program Pesona Langkawi Seni, Budaya dan Pelancongan sempena LIMA '23.



Selain itu MOTAC juga bekerjasama dengan 17 kumpulan kesenian dan kebudayaan komuniti Langkawi dalam Pesona Langkawi.





Dalam program tersebut MOTAC merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Kerajaan Negeri Kedah melalui Pejabat Daerah Langkawi dan Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan atas sokongan dan kerjasama bagi menjayakan program Pesona Langkawi pada 24 -27 Mei 2023 di Dataran Lang, Langkawi dari jam 10.00 pagi sehingga 11.00 malam.



Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) MOTAC, Mohd Yusri bin Mohd Yusoff, dan Setiausaha Bahagian Pengurusan Acara, MOTAC, Mohd Radzi bin Omar.