Cubaan mencuri tabung Masjid gagal



Satu laporan Polis telah dibuat oleh pihak pengurusan Masjid di Balai Polis Bagan Serai berhubung dengan satu video berdurasi satu minit 29 saat yang tular di media sosial pada Sabtu.



Dalam kejadian yang berlaku di Kampung Jawa, Bagan Serai, Perak itu memaparkan individu memecah tabung sebuah Masjid pada 9 Mei 2023 lebih kurang jam 1 petang.



Hasil siasatan pihak Polis Daerah Kerian mendapati pelaku gagal memecah tabung tersebut dan dalam kejadian tersebut tidak terdapat sebarang kerugian berlaku, namun pihak polis tetap berusaha mengesan pelaku kejadian. Kes disiasat di bawah Seksyen 380/511 kanun keseksaan.





Sebelum ini pihak Polis Daerah Kerian telah berjaya menangkap dan menyelesaikan kes-kes pecah tabung Masjid yang berlaku di Daerah Kerian dan pelaku sebelum ini telahpun didakwa, dan dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah.



Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menyalurkan kepada Balai Polis berhampiran atau bilik gerakan IbuPejabat Polis Daerah Kerian di talian 05-721222.