𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐏𝐞𝐧𝐲𝐚𝐦𝐩𝐚𝐢𝐚𝐧 𝐀𝐧𝐮𝐠𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐆𝐮𝐫𝐮 𝐈𝐧𝐬𝐩𝐢𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐌𝐜𝐃𝐨𝐧𝐚𝐥𝐝’𝐬 𝟐𝟎𝟐𝟑



25 penerima Anugerah Guru Inspirasi (AGI) McDonald’s 2023 telah diumumkan oleh McDonald’s Malaysia pada Isnin bagi menghargai warga pendidik Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang memaparkan komitmen luar biasa dalam meningkatkan kecemerlangan akademik, sahsiah dan kemenjadian murid-murid.



Majlis tersebut disempurnakan oleh Menteri Pendidikan Malaysia, Fadhlina Sidek di mana, para penerima anugerah terpilih dari kalangan guru-guru seluruh Malaysia menerima hadiah utama wang tunai RM5000, trofi serta sijil disamping McDonald’s Malaysia juga turut menyumbangkan peruntukan sebanyak RM5000 bagi menaik taraf bilik-bilik guru di sekolah-sekolah penerima AGI McDonald’s ini.





Fadhlina turut melancarkan Buku ABC “Anak Yang Baik Lagi Cerdik, Asas Kesejahteraan - Pkharuddin Ghazali” yang diterbitkan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato’ Haji Pkharuddin Haji Ghazali.



Turut hadir sama majlis ini, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato’ Haji Pkharuddin Haji Ghazali, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia, Dato’ Azmir Jaafar, Pegawai-pegawai kanan KPM, JPN, guru-guru dan ibu bapa.