COVID-19: 26 kes baharu jadikan Tuaran diklasifikasikan sebagai zom merah



Daerah Tuaran telah diklasifikasikan sebagai zon merah ekoran peningkatan mendadak jumlah positif Covid- 19 di daerah tersebut.

Sebanyak 26 kes baharu dilaporkan minggu lalu berbanding minggu sebelumnya hanya 18 kes dan ini menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini melebihi 40 kes.

Daerah yang mencatatkan peningkatan jumlah kes minggu lalu berbanding minggu sebelumnya ialah Tuaran, Sandakan, Kota Kinabalu, Kuala Penyu, Papar, Penampang, Beluran, Kota Belud, Beaufort, Keningau dan Kunak.

Purata kes aktif setiap hari pada minggu lalu juga meningkat sebanyak 40 peratus daripada lima kes kepada tujuh kes pada minggu sebelumnya.

Namun begitu tidak ada kes kematian dicatatkan di seluruh negeri sepanjang minggu lalu.

Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa menggunakan pelitup muka ketika berada di khalayak ramai sebagai langkah keselamatan.