Lukanisman pandang serius projek berstatus kritikal



Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni, telah melawat ke Klinik Kesihatan (KK) Long Lama, Miri pada Selasa.



Dalam lawatan tersebut, Dr. Haniff bin Abdullah, Pegawai Kesihatan Miri telah memberikan taklimat ringkas berhubung situasi dan keadaan tapak klinik kesihatan Long Lama dan turut membawa Timbalan Menteri untuk melihat sendiri kesan insiden tanah runtuh atau hakisan dan kerosakan yang berlaku di Klinik Kesihatan tersebutsejak Julai 2020 yang lalu.



Kejadian pergerakan tanah runtuh masih lagi aktif di kawasan tersebut dan sehingga kini, semua pesakit telah dirujuk ke Dewan Masyarakat Long Lama yang berdekatan, yang dijadikan Klinik Kesihatan sementara.





Lukanisman memandang serius akan permasalahan terutamanya projek-projek yang berstatus kritikal dan menekankan keperluan yang perlu diambil serta beberapa cadangan yang dinyatakan dilihat berpotensi untuk diambil tindakan segera bagi memastikan KK Long Lama dapat beroperasi dan memberikan sistem perkhidmatan kesihatan yang terbaik kepada masyarakat setempat.



Lukanisman turut melawat dan beramah mesra dengan pesakit serta petugas- petugas di Klinik Kesihatan Sementara di Dewan Masyarakat Long Lama.



Turut hadir dalam program tersebut antranya Ahli Parlimen Baram, Dato Anyi Ngau, Timbalan Setiausaha Bahagian Kanan Pembangunan, Mohd Rashidi Yahaya, Pegawai JKR Miri dan Pakar Kesihatan Keluarga KK Long Lama, Dr. Janarisa Mustar May.