SESB kini giat melaksanakan kerja pemulihan gangguan bekalan elektrik



Kota Kinabalu: Kerosakan teknikal pepasangan di salah satu Pencawang Masuk Utama milik Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) telah menyebabkan beberapa janakuasa utama terpelantik.

Perkara ini mengakibatkan sistem Grid Sabah kehilangan kapasiti 200 Megawatt yang menyebabkan gangguan bekalan elektrik di kebanyakan tempat.





Pihak SESB masih menjalankan siasatan terhadap punca kerosakan dan kerja- kerja pemulihan telah dilakukan di beberapa kawasan di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan secara berperingkat sebelum pulih sepenuhnya pada jam 10.06 malam.

Menurut Jurucakap SESB, pemulihan bekalan dilakukan secara berperingkat bermula dari jam 8 malam dan sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian SESB Careline 15454.

SESB juga memohon maaf dengan kesulitan yang dialami pengguna semasa gangguan bekalan elektrik.