Anwar santuni warga kerja KKM



Selangor: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada Rabu telah berkesempatan menghadiri Majlis Hari Raya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di MAEPS, Serdang di sini.



Turut hadir di majlis berkenaan antaranya Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek,  dan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato' Sri Tiong King Sing.





Anwar menyantuni warga kerja KKM serta bergambar dengan petugas barisan hadapan daripada fasiliti- fasiliti dibawah KKM.



Majlis berkenaan turut menyaksikan kehadiran Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan,  Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan), Dato' Sri Norazman Ayob, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Dato’ Zainal Alhakab Seman,  dan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr. Norhayati binti Rusli.




Comment As:

Comment (0)

No comment found!