Maxim E-hailing pilihan tempat hadiri Pesta Kaamatan



Kemuncak Pesta Menuai kini hampir tiba, pelbagai acara telahpun diadakan di Hongkod Koisaan (KDCA) Penampang, Sabah. Selain banyak jualan produk dan makanan, pelbagai aktiviti turut diadakan di rumah-rumah kebudayaan. Di samping itu pertandingan Sugandoi yang menjadi antara acara yang dinanti-nanti rakyat Sabah, telahpun berlangsung pada Sabtu, manakala acara Unduk Ngadau bakal berlangsung tidak lama lagi.



Bersempena dengan perayaan ini, Maxim E-hailing sebagai salah satu perkhidmatan pengangkutan di Malaysia menawarkan perkhidmatan pengangkutan dan boleh didapati di seluruh negeri Sabah. Pengguna boleh menggunakan Maxim E-hailing sebagai pengangkutan mereka ke KDCA kerana ianya lebih mudah, pemandu akan turun terus di lokasi yang ditetapkan dan pengguna boleh memilih jenis kereta seperti ekonomi, keselesaan dan MPV (6 tempat duduk). Pengguna hanya perlu menyemat lokasi semasa, di dalam destinasi dan pemandu rakan kongsi akan bersedia untuk mengambil.



Dengan menggunakan perkhidmatan Maxim E-hailing sebagai salah satu alternatif pengguna dapat menghindari daripada terperangkap dengan keadaan trafik yang sesak serta tidak mengalami kesukaran untuk mendapatkan tempat letak kenderaan, dan tidak berjalan kaki jauh kerana ketiadaan tempat letak kenderaan yang dekat.



Raikan perayaan Tadau Kaamatan bersama Maxim Malaysia untuk mencipta kenangan terindah semasa sambutan tersebut, jangan risau lagi kerana Maxim ada bersama anda! Ambil ini sebagai peluang untuk meluangkan masa bersama keluarga, rakan dan orang terdekat. Kini pengguna hanya perlu membuka aplikasi dan Maxim sedia berkhidmat untuk anda.



Sebagai rekod Maxim merupakan aplikasi mudah alih antarabangsa yang berkhidmat kepada sebanyak 18 negara di seluruh dunia dan bakal menyambut ulang tahun ke-20 pada tahun ini. Aplikasi ini mempunyai lebih daripada berjuta-juta pengguna. Maxim bukan sahaja tertumpu pada e-hailing, tetapi perkhidmatan telah mempelbagaikan kepada kurier bungkusan, menunda kenderaan, kargo dan penghantaran makanan yang sedia memenuhi keperluan harian semua. Aplikasi Maxim boleh dimuat turun melalui Google Play Store, Apple Store, Huawei AppGallery, GetApps, Oppo App Market, Vivo App Store dan Galaxy Store. Nikmati perjalanan anda dengan Maxim E-hailing dengan perjalanan yang berpatutan dan mudah.