Pemenang Lady’s Of Beautiful Body Queen Of FH Media digesa tampil mohon maaf secara terbuka



Gara-gara tidak berpuas hati dengan keputusan pertandingan fesyen dan kecantikan “Queen Of FH Media” terbitan dan anjuran syarikat penerbitan filem dan muzik F Harmthon Production Sdn Bhd pada 22 Julai 2023, seorang bekas finalis Queen Of FH Media 2023 yang menerima anugerah Lady’s Of Beautiful Body 2023 bertindak menggunting selempang kemenangannya.



Menurut video berdurasi 10 saat yang dikongsikan di reel Facebook, bekas finalis yang dimahkotakan sebagai “Lady’s Of Beautiful Body 2023” itu ada mengatakan mengenai duit RM500.



“Inikah duit lima ratus, ha” katanya dalam video tersebut sambil menggunting selempang tersebut.



Perkara tersebut mengundang persoalan warganet dan ada yang bertanya program mana yang beliau serta sehinggakan ada membayar RM500.



Dalam ciapan lain, bekas finalis itu mengatakan beliau merasa kerugian kerana membayar RM500 untuk undian dan turut menjadi tanda tanya pengikutnya.



Selain itu, turut dikongsi beliau kononnya dikatakan akan mendapat tempat top 10 apabila membayar RM500 namun semua tidak berlaku. Turut dikongsi paparan skrin perbualan antara beliau dan penganjur nombor penganjur iaitu milik Freddy Harmthon yang jelas ada menyebut tentang kedudukannya apabila membayar wang tersebut.



Menurut Pengarah Urusan syarikat dan Pengarah program tersebut Freddy Harmthon ketika dihubungi, beliau akui ada dihubungi oleh bekas finalis tersebut dan ada memberikan cadangan, namun tidak memaksa beliau untuk membuat undian.



“Sama seperti peserta lain, mereka juga menghubungi saya untuk mendapatkan maklumat dan pandangan terhadap undian. Tidak ada berat sebelah dalam hal ini kecuali jika ada yang bertanya undian peserta lain, ini saya tidak akan bagi tahu.



“Kita ada sistem undian yang sistematik secara digital dan telah dimaklumkan dari awal pertandingan yang bermula November 2022 bahawa 40 peratus daripada markah adalah daripada Juri Awam dan 60 peratus daripada Juri Professional.



“Tujuan undian adalah memberikan ruang kepada penonton dan pengikut masing-masing untuk mengundi.





“Bagi memberikan nilai tambah kepada mereka semua supaya lebih dikenali, kita mengadakan sesi temuramah esklusif bersama mereka dan ditayangkan dalam laman web penstriman digital dan muzik FH Cinema, juga kita masukkan link undian. Namun apa yang berlaku, hanya sebilangan sahaja yang menggunakan ruang ini untuk mendapatkan undian.



“Untuk menyertai mana-mana pertandingan, perlu ada pengorbanan dan jangan hanya duduk, apa lagi melibatkan undian. Jangan malu untuk meraih undian,” tegasnya.



Ketika ditanya mengenai tuduhan tentang penganjur menipu dan makan duit, FH menafikan sekeras-kerasnya kenyataan itu.



“Kita semua ada bukti. Dalam Facebook rasmi syarikat pun ada dimaklumkan undian mingguan, dan mereka semua sudah sedia maklum bahawa undian adalah secara berbayar.



“Untuk makluman juga, peserta yang menggunting selempang ini sebelum ini mengatakan mahu tarik diri dan tidak ada penambahan undian walaupun hanya RM2 untuk satu undian, sebelum jumlah itu dinaikkan ke RM10 pada pertengahan Mei 2023.



“Dalam ‘WhasApp Group’ pertandingan ini juga saya kerap kali tekankan undian awal sangat penting dan membuat pelbagai cara untuk mereka meraih undi antaranya penjualan tiket masuk ke Auditorium JKKNS, Kota Kinabalu (tempat pertandingan), mempromosi ruangan tapak jualan dan tiket live streaming yang berharga RM5. Semua ada markah undian.



“Jadi tidak timbul isu yang kononnya saya makan duit peserta, kerana semua sedia maklum ada undian berbayar.



“Selepas program berakhir saya juga memberikan peluang kepada semua bekas finalis dalam ruangan ‘Whatsapp Group’ untuk melihat kedudukan undian masing-masing termasuklah jumlah undian. Jelas disitu, kedudukan undian bekas finalis yang menggunting selempang itu berada di kedudukan yang kesembilan.



“Mengenai isu kononnya bukan ‘top ten’ yang menjadi juara, saya sudah jelaskan pada perbualan yang lalu (merujuk kepada artikel terdahulu), dan ada beberapa isu yang merosakkan nama baik syarikat saya, di mana penganjur dan juri dikatakan bergaduh kerana tidak sependapat serta boleh didengari dalam live.





“Anda boleh dengar sendiri di peringkat akhir pertandingan ini di YouTube FH Production Sdn Bhd dan anda nilai sendiri, adakah kenyatan itu betul atau tidak.



“Saya ingin tegaskan, hentikan menabur fitnah hanya kerana peserta pilihan anda tidak menang. Kami telah sediakan ruangan untuk mengundi dan kamu tidak gunakan kesempatan ini. Sepatutnya bantu mereka melalui undian. Ini lah tujuan kenapa ruangan undian dibuka kepada umum. Mana-mana pertandinganpun ada memerlukan undian berbayar, jadi tidak perlu mempertikaikan kenapa ada undian berbayar. Fitnah seperti ini amat merugikan industri,” katanya lagi.



Bekas finalis yang menggunting selempang kemenangannya itu digesa memohon maaf secara terbuka kerana telah merosakkan nama baik pertandingan dan juga reputasi syarikat yang berdaftar dengan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), atau diambil tindakan menarik balik gelaran dan diminta mengembalikan mahkota kemenangan serta perlu membayar denda serta saman malu yang bakal ditetapkan di Mahkamah.