Maskot katak tidak dibayar lepas bergambar?



Tular di media sosial hari ini rakaman video berdurasi 0.54 saat gelagat dua individu memakai maskot katak yang menyedihkan apabila ada individu yang bergambar dengan mereka tanpa memberikan bayaran.



Tidak diketahui dari manakah berberapa orang yang bergambar dengan mereka itu, namun apa yang pasti, menurut kenyataan pengguna Facebook di ruangan komen perkongsian ini, kejadian itu berlaku di Kundasang.



Dalam video tular tersebut yang dikongsi oleh pengguna Facebook Kanarida Kowasin, dua orang yang dikatakan pelancong yang melancong ke Kundasang itu bergambar dengan dua orang yang memakai maskot Katak pergi begitu sahaja selepas mengmbil gambar tanpa memberikan apa-apa imbuhan.



Perkara itu telah menyebabkan warganet yang menonton video tersebut berang dengan tindakan pelancong tersebut.



Video tersebut mendapat sebanyak 8.3 Ribu tontonan dan 195 perkongsian sehingga artikel ini ditulis.



“Saya local kundasang pun bayar juga kalu anak-anak bergambar dengan diorang,” Pengguna Facebook Ida Floridah Naim.



"Alah, sendiri mau fikir la. tak payah pun dibagitahu. tapi kalau jenis-jenis orang begitu, susah mahu cakap. Kalau saya bawa anak-anak bergambar pun, saya bagi paling kurang RM5 satu maskot," pengguna Facebook Noor Adilah Sahat.



"Haiyaaa, memalukan betul tu perangai. Kalah lagi perangai budak kecil padahal sudah tua," pengguna Facebook Kujo Jotaro.



"Kesian bah. bagi lah beberapa sahaja. Diorang pun cari duit juga. Panas baitu dalam maskot. hari itu bergambar pun kami bagi Rm10," pengguna Facebook Jalihah Jamiri.



Dalam isu ini, tidak dipastikan sama ada pelancong itu benar-benar tidak membayar selepas bergambar, namun dalam ruangan komen perkongsian ini ada petikan gambar skrin yang mengatakan mereka telah membayar selepas bergambar, dan tidak dirakam dalam video tular itu.



Video tersebut telah dipadam selepas menerima teguran daripada beberapa pengguna Facebook selepas melihat penjelasan individu yang dikatakan ada dalam video tersebut.




Comment As:

Comment (0)

No comment found!