Lydiah Asong tampil dengan single terbaharu



Agak lama menyepi dalam dunia seni hiburan tempatan Sabah, kini Penyanyi Lydiah Asong tampil dengan single terbaharu bertajuk Ika Koupusan.



Lagu yang ditulis oleh Douglas Hendry Monis itu ditebitkan di saluran YouTube Tinimungan Sunduan dua bulan yang lalu.



 



Menurut Lydiah ketika dihubungi, lagu Ika Koupusan mengisahkan tentang seseorang yang mencintai pasangannya dengan sepenuh hati.



“memandangkan zaman kini adalah zaman teknologi digital, maka semua lagu yang ada dalam album ini di muat naik dalam media sosial seperti YouTube, Spotify, dan Tik Tok.



“Album ini mempunyai dua versi iaitu Audio dan MTV di mana, kedua-duanya telah di muat naik di dalam Saluran YouTube Tinimungan Sunduan.



“Album ini adalah album kompilasi Sunduan 2 di mana, menampilkan artis-artis baharu yang berbakat untuk memeriahkan lagi industri hiburan Tempatan.



” katanya.



Ujarnya, Album yang memuatkan sebanyak 15 buah lagu itu telah dirakam pada 2017 namun atas beberapa kekangan yang dihadapi termasuk masa Pandemik Covid-19, proses menyiapkan album tersebut tergendala.



Selain daripada “Ika Koupusan” dalam album tersebut, terdapat tiga lagu antaranya “Tambahut Hombo Nopo (solo), “Mamanau Ingaa Kotutukon” duet bersama Justinus Asong, dan lagu berkumpulan bertajuk “Sunduan Dagai” yang dinyanyikan oleh semua artis yang terlibat dalam Album Kompilasi Sunduan Dua.



“Lagu yang ada dalam album ini adalah pelbagai rentak, dan banyak penceritaan dalam lagu antaranya tentang percintaan, dan berunsur nasihat.



“Lagu tema album ini yang bertajuk “Sunduan Dagai” ditulis oleh Penyanyi Justinus Asong dan susunan muzik oleh Douglas.



“Lagu duet saya bersama Justinus (abang) yang bertajuk ‘Mamanau Aiso Kotutukon’ dan lagu bertajuk ‘Tambalut Nombo Nopo’ ditulis oleh Lazarus Asong,” katanya.



Lydiah turut berharap agar kemunculan lagu terbaharunya ini akan memeriahkan lagi industri hiburan tempatan.