Pelakon Haimie Yusuf Idam Watak Lucu

Oleh: Harry Peduning

'ZOMBIE KENINGAU', adalah sebuah telemovie tempatan Sabah arahan Tony Francis Gitom. Telemovie ini sekaligus telah mewarnai industri lakonan di Sabah ini. Haimie Yusuf,35(gambar), adalah salah seorang daripada pelakon yang telah menjayakan telemovie tersebut.

"Saya mula bergiat aktif dalam lakonan ini bermula dari 2016 lagi. Atas galakan dan dorongan daripada kawan saya Sumarli@Gaman, saya telah menjejakkan kaki dalam dunia lakonan.

"Lakonan pertama saya ialah 'Zombie Keningau'. Watak yang saya pegang masa tu ialah orang yang pertama di gigit zombie."

"Yang banyak mengajar saya dari segi lakonan ini, bermula dari tidak tahu apa-apa hingga boleh membawa satu watak dengan baik ialah pengarah Tony Francis Gitom.

Menurut pelakon dari Keningau ini, dia turut menerima cabaran dalam setiap lakonannya.Tetapi bagi Haimie, dia cuba untuk belajar menerima semua cabaran itu.Ini kerana dalam seni lakonan semestinya tidak lari dari cabaran dan hanya perlu buat yang terbaik sahaja.

Sepanjang penglibatannya dalam lakonan, dia telah berlakon dalam beberapa telemovie antaranya ialah; Zombie Keningau' arahan Tony Francis Gitom; Antara Cinta Dan Rindu arahan Manja, dalam telemovie itu dia memegang watak penjahat; Jejak arahan Ryot, dia memegang watak sebagai kaki pukul dan dalam telemovie Budak Kripto pula dia memegang watak sebagai along.



"Terbaru, saya dengan beberapa orang lagi pelakon sedang menjayakan sebuah filem arahan Tony Francis Gitom.

"Untuk mengetahui apakah tajuk filem terbaharu itu, ini akan di umumkan pada malam Red Karpet Wayang Tokou, yang akan diadakan pada 23 November ini.

"Pada masa akan datang, saya berharap dapat memegang watak yang belum pernah saya pegang, contohnya watak lawak, memandangkan pelakon idola saya ialah Jim Carrey.

"Pesanan saya kepada peminat industri lakonan di Sabah, cuba untuk beranikan diri untuk menghadiri ujibakat lakonan, mana tahu rezeki dan boleh sampai ke peringkat antara bangsa.

“Itu tidak mustahil, kerana saya lihat memang banyak bakat yang ada di Sabah ini, cuma mereka tidak berani untuk mencuba.

"Tidak lupa juga kepada FH Media, terima kasih sangat kerana sudi menemuramah saya ni yang baru setahun jagung." Akhirnya