Penumpang Feri RORO tersadai di Menumbuk



Menumbuk: Ratusan penumpang feri RORO dari tanah besar Sabah di Menumbuk ke Wilayah Persekutuan Labuan pada Khamis, tersadai sehinggakan menimbulkan kemarahan pengguna. Perkara ini timbul apabila dua buah feri iaitu Blue Ocean dan Galaxy tidak dapat beroperasi bermula 28 Disember 2023.



Tidak diketahui apakah punca sebenar feri tersebut tidak dapat beroperasi, namun menurut Page Galaxy Ferry Labuan, sesiapa yang terkesan dengan keadaan ini boleh menghubungi mereka di talian 0168189040 atau datang ke kaunter untuk pemulangan semula duit bayaran tiket.



 



Dalam kenyataan tersebut juga, tidak dinyatakan feri tersebut akan mula beroperasi semula namun perkara ini bukan hanya memberikan kesan terhadap penumpang dari Menumbuk ke Labuan, malahan penumpang dari Labuan ke Menumbuk turut terkesan.



 



Dalam ruangan komen makluman yang di Facebook syarikat terbabit, pengguna Facebook Sairan Nong's Said mempersoalkan apakah usaha pihak Galaxy dalam menangani masalah tersebut, kerana dengan mengembalikan duit tambang tidak menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh penumpang. Ia hanya dilihat memudahkan kerja syarikat terbabit.



 



“Pengurusan feri Galaxy sepatutnya lebih bertanggungjawab pastikan pelanggan yang sudah membeli tiket feri dapat pulang ke destinasi masing - masing. Dengan hanya mengembalikan wang tiket tidak menyelesaikan sebarang masalah,” ciap Julaily Simon.



 



“Buruk bah Labuan ni feri rusak pun tiada jalan penyelesaian. Habis lari orang punya plan, bukan kah menyusahkan cemani ani. Lain kali service feri tu sebulan sekali kalau tahu tiada backup plan, standby ka sampai empat biji feri untuk tukar ganti,” ciap Jae Hun Jinin.



 



“Ni lah saya kena. Dari 8.30 pagi berbaris tunggu naik feri, sekali dimaklumkan feri rosak. Lepas itu dibagi feri jam 1.30 petang. Pergi berbaris, tapi sama juga feri rosak. Sudah lah panas, feri lagi buat hal. Selepas itu, tidak ada lagi dibagitahu. Kalau ada jambatan, tidak payah kami susah-susah ikut feri. Betul-betul bikin susah orang,” ciap Wesly Birus.



 



Dalam pada itu, seorang pengguna Facebook Muhammad Safwan menyebut nama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Labuan Suhaili Abdul Rahman, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Malaysia Dr Zaliha Mustafa, dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor dalam ciapannya dan meminta kesemua mereka untuk melihat masalah rakyat Sabah dan Labuan.



 



“Tengok masalah rakyat sabah dan Labuan, terganggu disebabkan hal tertentu. Itula rakyat Sabah dan Labuan perlukan jambatan yang menghubungkan tanah besar Sabah dan Labuan. Berapa banyak rakyat Labuan terkandas di Menumbok Sabah, dan berapa ramai rakyat Sabah terkandas di Labuan. Tiket ferry sentiasa penuh. Di mana kami mau cari tiket untuk balik ke Labuan,” kesalnya.



 



“Macam mana dengan pelanggan yang sudah bayar untuk penginapan hotel semua? Siapa yang akan bertanggungjawab. Harga hotel bukan RM100, RM 200, dan pembayaran sudah di buat untuk hotel,” ciap Diedy Naim Abadie



 



Dalam pada itu, pengguna Facebook Zulfadli Rszne turut terkejut dengan pemberitahuan singkat tersebut dan menyarankan pihak syarikat pengendali feri tersebut untuk menghubungi semua pelanggan yang terjejas melalui WhatsApp atau menelefon pelanggan terbabit untuk memaklumkan.



“Kalau tidak melihat Facebook, saya tidak tahupun masalah ini,” ciapnya.



 



“Kesian orang Labuan. Labuan ni tiada kepentingan ada jambatan. Tapi kalau sudah ada masalah begini, semua pihak tidak bersuara pun. Hanya orang Labuan tahu keadaan ini.



“Sudah tahu setiap minggu Labuan ada program, mana lagi yang mahu keluar dan masuk untuk berurusan, sepatutnya masalah seperti ini harus diambil perhatian serius,” ciap Land Liphzz dalam pautan yang dikongsinya.



 



“Feasibility Study pembinaan jambatan Labuan - Menumbuk mendapati tidak menguntungkan untuk kedua-dua pihak Sabah dan Persekutuan. Biarlah rakyat menderita janji Kerajaan untung dan bahagia,” ciap Chua Chong Bing.



 



“Jambatan halimunan akan timbul inda lama lagi bila di seru oleh urang yg ada kepentingan. Rakyat marhaen yang sangat terkesan,” ciap Peter Aloysius.



 



“Konsep dia selagi orang atasan tak kena batang hidung diorang, tidal terkandung masalah ni. Dioran tidak ambil peduli pun. Tahun hadapan makin menjadi-jadi masalah ini. Bayang jambatan hanya keluar selepas lima tahun iaitu selepas PRU saja,” ciap Dayang Nurezzati.



 



Sehingga artikel ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak syarikat pengendali feri terbabit untuk menyelesaikan masalah tersebut kerana, masalah seumpama ini pastinya memberikan kesan yang cukup buruk kepada penumpang feri syarikat lain kerana tempat letak kenderaan yang terhad di ruang menunggu.



 



Dalam pautan lain yang dikongsi ramai pengguna Facebook, kebanyakan menyeru kepada pihak kerajaan untuk mempercepatkan pembinaan jambatan yang menghubungkan tanah besar Sabah melalui Menumbuk dan Wilayah Persekutuan Labuan.