Pengguna Feri kenderaan Blue Ocean Labuan – Menumbuk boleh tarik nafas lega



Tular pada Jumaat, kemarahan pengguna feri kenderaan Menumbuk-Labuan memuncak apabila dua buah feri kenderaan yang menghala dari Menumbuk ke Labuan dan, Labuan ke Menumbuk tidak dapat beroperasi atas sebab yang tidak diketahui.



Namun pengguna feri berkenaan kini boleh menarik nafas lega apabila dua buah feri yang sebelum ini tidak dapat beroperasi, kini boleh beroperasi bermula 8.30 pagi ini dengan memulakan pelayaran pertama dari Labuan ke Menumbuk.



Walau bagaimana pun, menurut makluman yang dikeluarkan di Facebook rasmi Galaxy Ferry Labuan hari ini, setakat ini hanya feri Blue Ocean sahaja yang mula beroperasi. Bagi feri Galaxy, belum ada makluman yang untuk beroperasi.



Untuk maklumat lanjut mengenai dengan jadual terkini dan status jadual feri Galaxy, boleh menghubungi syarikat berkenaan.