FH Cinema catat pendapatan RM73,109.00



Sungguhpun platform digital pemasaran filem dan muzik FH Cinema masih belum sampai setahun jagung, tetapi pendapatan platform ini telahpun menampakkan impak positif kepada industri filem dan muzik tempatan.



 



Menurut Pengasas dan Pengarah Urusan FH Cinema Freddy Harmthon (FH), Platform ini mula diperkenalkan pada 1 Mei 2022 yang mana pada ketika itu, berada salah satu panel dalam laman web FH Media, iaitu laman web hiburan Sabah https://www.fhmedia.com.my. Laman web FH Cinema mula beroperasi sepenuhnya di laman web https://fhcinema.com.my pada 15 Mei 2023 dan telah berjaya mencatat sebanyak RM 73,109.00 sehingga 31 Disember 2023.



 



“Pendapatan ini tidak la sampai berjuta-juta ringgit seperti syarikat pemasaran lain namun sekurang-kurangnya laman web ini telah memperlihatkan kemampuannya membantu penggiat industri seni kreatif di Negara ini.



 



“Apa yang ada di dalam FH Cinema kini adalah, kita ada lapan filem, dan tiga album lagu yang sedang dipasarkan. Manakala ada 91 buah filem pendek yang kini berentap dalam pertandingan carta filem, dan sebanyal 119 buah lagu berada dalam carta lagu, yang baharu saja tamat undian,”ujarnya.



 



Tambahnya lagi RM73,109.00 adalah pendapatan kasar daripada pelbagai program antaranya carta lagu, carta filem, pertandingan fesyen dan pertandingan nyanyian yang disiarkan secara langsung di FH Cinema, dan hasil jualan filem serta muzik.



 



“Platform ini masih baharu dan memerlukan banyak promosi agar ramai yang tahu kewujudan platform ini. Jadi saya memohon kepada semua penggiat filem dan muzik sertai peminat hiburan tempatan agar sama-sama membantu mempromosi platform ini untuk kepentingan bersama.



“Kita sudah sediakan platform ini dan mari kita guna sebaik mungkin,” tambahnya.



 



Ujar FH, beliau kini merangka strategi untuk memperkasa platform ini agar mampu mencapai misi membantu sebanyak 100 buah syarikat mencapai pendapatan RM2,000,000.00 setiap satu filem, dan mewujudkan banyak peluang pekerjaan, serta mengadakan pelbagai program untuk mempromosi FH Cinema.



 



“Sekarang kita ada sedikit masalah mengenai transaksi luar Negara namun ia sudah ada dalam pelan pembangunan tambahan. Dengan adanya kemudahan transaksi dari luar Negara ini, ia mampu menjana pendapatan Negara melalui penjualan filem kita daripada luar Negara.



 



“Platform digital ini mampu di akses di seluruh dunia namun kaedah pembelian produk masih belum memuaskan iaitu hanya boleh menggunakan visa.



 



“Selepas sahaja penambahan kaedah taransaksi itu siap, maka kita jangka ramai peminat filem kita akan melanggan, terutama penonton dari Indonesia, Filipina, Singapura dan Brunei,” katanya.



 



Dalam memberikan impak yang besar dari segi promosi, kini FH Cinema mengadakan peraduan Tonton dan Menang wang tunai sebanyak RM50,000.00 jumlah keseluruhan.



 



“Semoga tahun 2024 ini, adalah tahun yang gemilang buat industri seni kreatif di Malaysia dan FH sentiasa mendukung penggiat seni kreatif di negara ini untuk menyediakan plafrorm pemasaran yang strategik.



“Pendekatan dalam pemasaran yang kita buat adalah sangat berbeza dengan plafrom lain kerana kita terus bahagikan pendapatan dan bukan dikira secara lumpsum,” akhirinya.