Filem Namatai gagal dan bakal disingkirkan di Pawagam?



Filem Namatai adalah sebuah karya filem Produksi Sabahan yang telahpun mulai ditayangkan di Pawagam seluruh Negara bermula 28 Disember 2023. Agak menarik cerita ini kerana ia mengisahkan tentang sejarah dan adat budaya negeri Sabah pada zaman dahulu yang telah difilemkan, sebagai tatapan generasi kini.



 



Dua hari penayangan filem ini dikatakan menerima sambutan yang sangat memberangsangkan namun kenapa filem ini bakal disingkirkan untuk ditayangkan di Pawagam sedangkan penayangan baharu sahaja masuk hari ketujuh.



 



Menurut kenyataan daripada ayah kepada Penerbit iaitu salah seorang pelakon dalam filem Namatai, John Samud dalam TikTok, beliau mengakui filem tersebut bakal disingkirkan untuk ditayangkan di Pawagam bermula 4 atau 5 Januari 2024.





“Saya dimaklumkan oleh pihak yang mengendali penayangan filem Namatai mengatakan bahawa, disebabkan oleh jumlah penonton di Kuala Lumpur termasuk Johor tidak mencapai lebih daripada 15 peratus, maka seluruh Pawagam di Kuala Lumpur termasuk Johor akan menyingkirkan filem ini daripada ditayangkan.



 



 “Nampak gayanya niat kita untuk mengangkat filem Namatai ini sebagai maruah warga Sabah akhirnya menemui kegagalan kerana tidak mendapat sambutan penonton di Kuala Lumpur.



 



“Saya sedih, kecewa kerana niat tidak kesampaian. Jadi apa yang saya minta ialah sesiapa kawan-kawan yang berada di Kuala Lumpur, Johor dan di mana saja untuk kali terakhirnya, saya minta tolong supaya datang beramai-ramai menonton malam ini dan esok, kerana hanya malam ini dan esok saja peluang kita untuk menonton filem Namatai di seberang sana. Terima kasih banyak-banyak atas sokongan anda,” akhirinya.



 



Dalam kenyataannya, tidak dimaklumkan bagaimana sambutan filem Namatai di Sabah, namun apa yang pasti beliau sangat berharap agar peminat filem Sabah di mana saja berada untuk menonton filem tersebut.