KPDNHEP dan UPPM Lumadan Anjur Program Kepenggunaan Bersama Komuniti

Oleh: Mr. Pai



Beaufort: Baru-baru ini Kementerian Perdangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dengan kerjasama Unit Pemimpin Pembangunan N.27 Lumadan telah menganjurkan satu program 'Kepenggunaan Bersama Komuniti' di Bangkalalak, yang di rasmikan oleh Pegawai Daerah Beaufort merangkap pengerusi Gerakkan Pengguna Daerah (GPD) Beaufort Tuan Haji Jupry Etok.

Turut sama dalam program ini, adalah daripada Jabatan Bomba Dan Penyelamat (JBPM), Hospital Beaufort, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Pertubuhan Peladang Daerah Beaufort.

Dalam ucapan Jupry berkata, program ini memberikan pemahaman kepada masyarat mengenai isu-isu yang hangat dengan kepenggunaan pada masa kini, seterusnya mematahkan persepsi negatif yang di lontarkan oleh masyarakat terhadap Kementerian.



Sementara itu, Tuan Haji Mahadi Haji Mumin Pemimpin Pembangunan Masyarat Lumadan dalam ucapan alu-aluannya berharap, masyarat dapat memanfaatkan segala maklumat-maklumat yang disampikan oleh penceramah dari jabatan dan agensi berkaitan.

Menurut Pegawai Cawangan Beaufort Kementerian Perdangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna Tuan Mohd Fikri Lai Bin Abdullah memberitahu, adalah diharap agar program sebegini dapat diteruskan meliputi Daerah Beaufort, Sipitang Dan Kuala Penyu termasuk Bongawan dan Kimanis agar maklumat kepenggunaan dapat disebar luas ke semua peringkat dan disamping tindakan-tindakan penguatkuasaan oleh bahagian penguatkuasa KPDNHEP yang akhirnya membawa kesejahteraan kepada masyarat di semua DUN dan Parlimen dalam kawal seliaan KPDNHEP Cawangan Beaufort.

Antara acara yang dijalankan seperti ceramah dari jabatan dan agensi kerajaan, kempen derma darah dan demonstrasi memadam kebakaran.