Asmadin Ebin Ketangah Lagu Tambonuo

Oleh: Nelson. E  

nelson@fhmedia.com.my

SERIUS dalam industri hiburan tempatan sejak tiga tahun lalu, memberikan satu laluan yang baik kepada penyanyi Asmadin Ebin (gambar) untuk terus bertapak dalam industri hiburan Sabah yang cukup luas ini.

Berbeza dengan penggiat seni yang lain, Asmadin memulakan karear sebagai penghibur dengan menampilkan single dalam bahasa Tombonuo bertajuk “Ong Odapat Popindah” atau “Jika dapat dialihkan” dalam bahasa Melayunya.

Menurut penyanyi dari Bangkau-Angkau Pitas ini, proses rakaman lagu tersebut adalah tajaan sepenuhnya oleh studio rakaman BAH Production SB yang bertapak di Ranau.

Katanya lagi, hasrat untuk menjadi artis rakaman ini sudah lama bersemi di hatinya dan dalam pada itu, dia sering mengikuti pertandingan nyanyian di daerah kelahirannya.

Selain itu, Asmadin akui pernah mengikutinya pertandingan nyanyian yang dianjurkan oleh TP CLUB dan meraih tempat kedua.

“Ini cukup bagi saya untuk tampil lebih yakin dan tidak akan melepaskan peluang jika ada lagi peluang atau anjuran seperti ini.



“Pada pandangan saya mengenai industri seni di Sabah ini, sebenarnya Sabah memiliki seni yang sangat baik dan unik.

“Ini kerana kita ada pelbagai suku kaum dan inilah yang mewarnai industri seni kita. Cuma kita  perlu cari publisitinya sendiri dan tidak mudah rebah dengan persaingan dari luar.

“Satu yang saya ingin katakan di sini, seni sabahan bukan seni lapuk atau ketinggalan zaman cuma bezanya lagu-lagu sabahan tidak tembus dipasaran antarabangsa. Oleh itu kekalkan seni sabahan terutama bahasa sendiri.

Kepada penggiat seni yang baharu mahupun lama, teruskan berkarya dan teruslah memartabatkan lagu bahasa ibunda kita dan yang paling penting , sabar akan gosip-gosip yang bakal mendatang serta jangan sombong kalau sudah dikenali.” Katanya.

Bagi peminat yang ingin mengikuti perkembangan semasa atau aktiviti harian Asmadin, bolehlah melayari laman sesawang Facebook dengan nama Asmadin Ebin.

“Terima kasih kepada pihak FH Media yang sudi menemurmah saya dan kita sama-sama bantu artis-artis Sabahan yang masih ketinggalan mahupun baharu berkecimpung dalam dunia seni.” Katanya mengakhiri perbualan. 

Hubungi kami di editor@fhmedia.com.my untuk sebarang maklumbalas.