Saya Tidak Meniru Suara Benn Simon - Kenneth Mindug

Oleh: Nelson. E

nelson@fhmedia.com.my



Usaha mencari penggiat seni yang sudah bertapak lama mahupun baharu berkecimpung dalam industri hiburan tempatan semakin rancak dijalankan oleh media hiburan Sabah, FH Media. Kini ramai penyanyi dan pelakon yang selama ini terpinggir daripada media hiburan kini mulai dikenali ramai.

Kenneth Mindug(gambar) antaranya, adalah penyanyi dari Kota Belud yang kini semakin menempah nama sebagai penghibur tempatan.

Sungguhpun dia kini berada di perantauan, krew FH Media berjaya menghubunginya untuk mengenali lebih dalam lagi tentang perjalanan seninya.

“Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada FH Media kerana sudi menemuramah saya.

“Saya masih baharu lagi dalam bidang seni nyanyian. Bagi saya, setiap penyanyi Itu mempunyai motif yang sama  iaitu untuk menghiburkan semua orang.

“Berkarya Itu adalah satu sejarah,  menjadi seorang Penyanyi dan penghibur yang disukai dan diminati ramai.

“Bukannya senang tapi tidak mustahil tidak boleh berjaya. Saya pernah dikecam oleh netizen suatu ketika dulu, orang ramai pernah cakap suara saya mirip penyanyi terkenal Sabah iaitu, Benn Simon.

Ini terjadi  semasa saya mengikuti pertandingan sugandoi peringkat negeri Johor.

Sebenarnya, saya ada suara tersendiri dan tidak meniru sedikit pun cara nyanyian penyanyi ini.



“Ramai orang tidak tahu sebenarnya, Benn Simon adalah sepupu pertama saya, mungkin ada persamaan sedikit, tapi saya hanya ingin mengikut jejak langkahnya bukan mengikut cara nyanyianya.” Jelasnya.

Setakat ini Kenneth sudahpun menghasilkan sepuluh buah lagu di mana lima lagu dinyanyikan olehnya sendiri manakala lima lagu lagi dinyanyikan oleh penyanyi lain.

Selain itu, Kenneth akui pernah memenangi vokal terbaik  masa zaman persekolahan dulu.

“Setakat ini, cuma lagu-lagu mtv terbaharu ada dikeluarkan di laman sosial saya di youtube.

“Sesiapa yang ingin mengetahui perkembangan terkini saya masa ke semasa, boleh lah like dan subscribs laman youtube saya.” Tambahannya.

Dia berpendapat, ramai orang yang berbakat dalam bidang nyanyian di Sabah, namun kurang sokongan untuk menyerlahkan bakat mereka yang mana kemungkinan malu dan tidak yakin pada diri mereka dengan kebolehan yang mereka ada.

“Bagi pendatang baharu dalam industri seni hiburan Sabah, berusahalah untuk mencari sokongan atau tajaan mana-mana pihak penaung agar bakat dapat dikembangkan dan lebih dikenali.

“Jangan pernah berputus asa untuk berusaha dan terus berkarya. Kerana industri kita di Sabah pada masa kini semakin berkembang maju.

“Ribuan terima kasih sekali lagi kepada pihak FH Media kerana memberi saya peluang dan menjejaki artis-artis baharu mahupun lama dalam erti kata lain artis legend.

“Dan saya juga berharap pihak yang berkaitan dengan nyanyian agar dapat membantu anak muda yang berbakat besar dalam bidang seni nyanyian, agar mereka dapat mengembangkan bakat mereka dengan lebih luas dan usaha mereka tidak sia-sia.

“Selamat maju jaya dan teruslah menjadi laman media yang sentiasa menyiarkan perkembangan artis-artis tempatan Sabah,” Katanya.



Hubungi kami di editor@fhmedia.com.my untuk sebarang maklumbalas.