Jangan Kecam Kerjaya Seni Orang -Masdin Hezzie Metol

Oleh: Harmthon Sokiun | editor@fhmedia.com.my



Sejak kebelakangan ini, ramai peminat hiburan Sabah menghubungi editor FH Media berkenaan dengan apa sahaja status yang di muat naik oleh artis kesayangan mereka di media sosial. Terbaharu status facebook penyanyi dan komposer Masdin Hezzie Metol menjadi perhatian apabila dia memuat naik status berbunyi “Kalau kita mahu orang ramai kenal kita, selalu lah post kreativiti bukan post pasal kecam sini sana.”

Ketika dihubungi Masdin berkata statusnya itu tidak menjurus kepada mana-mana pihak.

“Ia cuma bermaksud kalau ingin dikenali, janganlah hanya dikenali dengan post yang mengecam kerjaya ataupun karya orang lain ataupun lebih keras sikit dinamakan dengki kejayaan orang.

“Biarlah kita dikenali oleh peminat dengan memuat naik status berkenaan dengan kerjaya kita sebagai penghibur dengan aktiviti sihat dan karya-karya terbaharu. Ia nampak lebih baik dan dihargai oleh semua peminat.

“Gunakan media sebaik mungkin kerana media boleh menjatuhkan kita dan media juga mampu memberi impak yang besar kepada kerjaya seni kita jika digunakan sebaik yang mungkin."Ujarnya.






Comment As:

Comment (0)

No comment found!