Ebi Kornelis Bintangi Filem M. O. X



 

Baru-baru ini, aktres Ebi Kornelis telah membuat satu kenyataan di laman sesawang facebooknya, tentang sebuah filem di mana dia memainkan peranan sebagai watak utama dan mahukan pertolongan mempromosi filem tersebut yang bertajuk M. O. X.




“Harap ini bukan filem terakhir saya. Saya minta tolong kamu satu orang satu kongsi untuk bantu promosi kerana masa depan saya dan kami, mungkin dalam bidang ini. Saya bukan Rosyam Noor, bukan Amir Khan, tapi saya hanyalah budak kampung yang mahu mencuba menjadi ‘hero’ dalam filem aksi.



“Untuk filem ini, saya bermati-matian buat persediaan, di mana saya telah menurunkan berat badan, buat kecergasan tingkat tinggi.

"Dalam filem ini juga, 80 peratus aksinya saya buat sendiri, seperti berlari, berenang, lompat dari tingkat 5 bangunan, berantam dan macam-macam lagi.



“Filem M. O. X penuh cerita aksi serta pembikinannya yang memakan jutaan ringgit, mempunyai kelainan daripada cerita yang pernah ada di pawagam tempatan. Sokong dulu filem lakonan saya ini. Kalau ok, filem ini akan ada urutan yang kedua.” Tulisnya.



Filem ini akan berada dipawagam pada 21 November 2019 dan antara pawagam di negeri Sabah yang akan menayangkan filem M. O. X adalah GSC One Borneo, MBO Imago, LFS Cinema Sandakan, Growball Cineplex Centre Point, Eastern Cineplex, Tawau, dan juga di seluruh pawagam tanah air.



Dalam kenyataannya yang lain, Ebi menyatakan bahawa dia sangat bersyukur sebap Allah telah makbulkan doanya dan juga doa dari ibubapanya.



“Menjadi watak utama dalam filem aksi adalah impian saya dari kecil lagi. Allah telah makbulkan doa saya dan mungkin ibubapa saya. Tolong sokong filem ini ya kawan-kawan.” Luahnya.



Dalam kenyataan yang dia telah keluarkan itu, rata-rata netizen telah memberikan komen yang positif serta memberikan semangat kepada Ebi untuk terus berkarya dalam seni lakonan. Tidak kurang juga jumlah kongsi kenyataannya itu.


Comment As:

Comment (0)

No comment found!