Kontroversi MUA Sabah Parah.



Apa sudah jadi dengan seni kecantikan Sabah. Baru-baru ini satu program Make Up Artis telah diadakan di salah sebuah lokasi di Teluk Likas anjuran seorang individu telah dikatakan menipu peserta dan gagal membayar hadiah kepada pemenangnya. Menurut pemenang pertandingan tersebut (tidak mahu nama disebut) ketika menghubungi FH Media, sehingga ke hari ini dia tidak mendapat bayaran daripada penganjur tersebut dan diugut untuk saman mereka ketika bertanya kepadanya tentang hadiah kemenangan.

Satu laporan polis telah dibuat mengenai perkara ini di Balai Polis Karamunsing, Kota Kinabalu oleh pemenang dan dalam laporannya menyebut bahawa dia percaya penganjur tersebut menipu. Turut dilaporkan bahawa penganjur tersebut juga bakal menganjurkan satu program seumpama itu dalam masa terdekat ini. Laporan itu dibuat untuk menuntut wang kemenangan dan tidak mahu ada orang lain yang akan tertipu dengan individu berkenaan.

Menurut seorang lagi individu, turut mengakui bahawa telah melakukan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah yang ditimbulkan dan mengingatkan ahli-ahli untuk tidak menyertai penganjuran yang tidak berlesen dari ROS jika melibatkan persatuan.

“Saya juga mengingatkan kepada yang bakal menganjur apa-apa pertandingan sila pastikan anda cukup modal untuk menganjurkan apa-apa bagi mengelak dari masalah kehabisan modal dan terpaksa menangguhkan atau berhutang duit hadiah, kerana Ianya adalah suatu perkara yang tidak beretika dan boleh dianggap sebagai penipuan. Kita berharap ianya akan menjadi pengajaran terutamanya kepada penganjur dan juga orang ramai.” Kata individu itu.

Terdahulu gambar penganjur seorang wanita itu telah viral dan di dilabelkan sebagi penipu.







Penafian: FH Media tidak memihak kepada mana-mana antara yang terlibat tapi berharap agar ada jalan penyelesaian yang terbaik untuk kepentingan bersama dan memajukan bidang seni kecantikan yang kian mendapat perhatian ramai.