Danum The Movie Lakonan Terbaharu Johnny Damianus



Johnny Damianus atau Jacky Chan Sabah terus menempa nama dalam industri perfileman Malaysia, baru-baru ini dia telah memuat naik status di akaun facebook nya yang memamaparkan dia bergambar bersama artis hebat seperti Zain Hamid(Ruffage), Marsah Milan, Shikin Kamal, Mustakim(Gerak Khas),  AM(Raja Lawak), dan Esma Daniel.

Jom kita terjah Jacky apakah kaitan status facebook miliknya itu.

"Saya baharu saja habis shooting untuk sebuah filem yang bertajuk Danum The movie dengan prodution Citi Juta Sdn Bhd di bawah arahan pengarah hebat Khairul Albakri." Cerita Jacky.

"Dalam filem ini saya memegang watak sampingan bernama Zack, walau sampingan tapi berkonti dan berskrip. Watak Zack salah seorang dari team 4x4 yang baik bagi membantu menyelamatkan kawan mereka yang di tangkap oleh team 4x4 yang jahat." Jelas Jacky.

Menurut Jacky, dia amat terharu terhadap filem ini kerana di beri peluang untuk membuat koreograf aksi sendiri dalam aksi pergaduhan.



Kata Jacky lagi jangan lupa menonton filem ini di pawagam yang berhampiran anda.


Comment As:

Comment (0)

No comment found!