Penyanyi Fazirah Ghazali Kini Bertunang



Fazirah Ghazali yang baru sahaja melancarkan lagu single duet berjudul Selamanya Kamu baru- baru ini telah memuat naik status akuan Facebooknya memaparkan gambar seolah olah dalam satu majlis pertunangan.

FH Media terus menghubungi Penyanyi ini untuk mengetahui cerita di sebalik status yang dimuat naiknya itu.

Ketika ditanya, dia mengakui telah melangsungkan pertunangan bersama buah hatinya, Abdulah Muksin.

"Saya macam tidak percaya yang sekarang telah menjadi tunang orang, kami menjalinkan hubungan sudah lebih empat tahun dan akhirnya kami membuat keputusan 

untuk bertunang pada 28 Disember lalu.

"Tetapi kami belum menetapkan lagi tempoh pertunangan berapa lama dan belum ada tarikh yang di tetapkan untuk ke jinjang pelamin.

"Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat tahun baru kepada semua, semoga di tahun baru ini akan lebih baik daripada yang sebelumnya dan azam saya untuk tahun 2020 ialah ingin terus naikkan lagu- lagu Bisaya dalam industri seni," kata Fazirah mengakhiri perbualan.