Rakaman Lambat Atas Kesibukan - Akie Band



Tahun lepas, FH Media pernah mengeluarkan satu artikal tentang kumpulan Akie Band yang berhasrat mengeluarkan sebuah lagu baharu dalam Bahasa Dusun yang dinyatakan oleh Pemain Gitar kumpulan tersebut iaitu Arezan Udin.

Sehubungan dengan itu, peminat kumpulan ini telah menghantar beberapa teks ke Meja Pengarang FH Media untuk mengetahui perkembangan terkini lagu mereka itu.

Ketika dihubungi, Arezan selaku jurucakap kumpulan menyatakan bahawa lagu tersebut belum lagi berjaya dirakamkan kerana kekangan masa ahli- ahli kumpulan dengan pekerjaan hakiki masing- masing.

"Ahli kumpulan Akie Band semuanya sibuk dengan hal masing-masing dan ini serba sedikit melambatkan proses rakaman lagu  baharu itu, malah program seperti busking dan juga undangan di majlis- majlis juga terpaksa kami hentikan buat masa ini.

"Namun bila kami dapat mencari waktu yang sesuai untuk kembali bersatu, kami akan merakam lagu terbaharu itu dan menjayakan halatuju kami dalam industri seni hiburan tanah air.

"Diharapkan para peminat diluar sana sentiasa bersabar untuk menantikan lagu tersebut dan terima kasih kerana sentiasa mahu mengetahui perkembangan terkini kami, Akie Band sangat merindukan kamu semua," katanya mengakhiri perbualan.