Julian Mickey Niun Bersyukur Diberi Peluang Berlakon



Salah seorang Pelakon yang turut menjayakan filem Avakas iaitu Julian Mickey Niun bakal terlibat dalam sebuah lagi filem arahan Pengarah Marc Abas.

Pelakon ini memulakan langkah dalam bidang lakonan bersama anaknya iaitu Alvinson Julian Mickey melalui film Van Lihing pada  2018 dan sekali lagi mendapat kepercayaan dari Pengarah itu untuk berlakon dalam film Avakas.

Mengimbas kembali wataknya dalam film Avakas, dia berperanan sebagai salah satu ketua puak dan anaknya itu turut memegang watak sebagai ketua puak dari kawasan yang lain.

"Terjadi satu pergaduhan di antara kami, dan producer Marc Abas yang memegang watak sebagai Avakas berperanan sebagai penjaga keamanan.

"Saya sangat bangga kerana ia merupakan filem aksi tempatan yang pertama dan terbaik atas arahan cemerlang oleh Marc dan telah mendapat kelulusan Finas.

"Saya sangat berterima kasih kepada Marc kerana memberi kepercayaan dan peluang terhadap saya untuk berlakon dalam filem-filem arahannya bermula dari filem Van Lihing, Avakas dan yang akan datang," ujarnya.

Selain berlakon, Julian juga menjalankan perniagaan menjual pakaian terpakai yang bernama Mega Bundles Penampang yang terletak di Megalong Shopping Mall tingkat 1.

"Sepanjang proses pembikinan filem arahan Marc Abas atau Pengarah filem lain, saya akan menyokong penuh dengan memberi harga istimewa untuk semua jenis pakaian dan props yang digunakan untuk pembikinan film mereka," katanya mengakhiri perbualan.