Lagu Sorimpatayon Oku Lumangad Pasti Buat Anda Hilang Tekanan - Vincy Vincent



 

Vincy Vincent,24,satu lagi nama yang semakin megukir nama di persada seni suara tempatan. Berada di bawah syarikat rakaman Kaban Music Production yang berpusat di Kuching, Sarawak, penyanyi berasal dari Kampung Papar Tambunan ini sudah pun mengeluarkan dua single.

Menurutnya ketika dihubungi, dua lagi singlenya bakal menemui peminat tidak lama lagi.




“Single itu bertajuk ‘Romantika Di Manukan” dan ‘Sorimpatayon Oku Lumangad,’ yang mana lagu ini sebenarnya sudah di popularkan oleh seorang penyanyi asal dari Sarawak Eyqa Saiful dalam bahasa Bidayuh dan dalam rentak Remix Dangdut.

”Jadi saya cuba bawa lagu ini dalam bahasa saya sendiri iaitu bahasa Dusun yang telah diberi tajuk ‘Sorimpatayon Oku Lumangad’ yang mana dalam bahasa Bidayuh pula disebut ‘Pingabis Rindu’ yang bermaksud ‘Rindu Setengah Mati’ hasil ciptaan oleh Rozzi chill,”katanya.

Untuk perancangan pada tahun ini tambahnya, dia mungkin akan mengutamakan pekerjaan baharu, memandangkan dia masih 'fresh graduate.'

”Sementara itu saya akan cuba seimbangkan masa dalam bidang nyanyian.

”Saya juga dalam proses pembuatan lagu baharu untuk Kaamatan yang akan datang.

”Harapan saya, agar hasil karya yang saya nyanyikan ini akan dapat diterima oleh para pendengar di luar sana.

”Oleh kerana saya sekarang di bawah syarikat rakaman, syarikat Kaban Music Production yang berada di Kuching, saya harap para pendengar di Sarawak juga akan terus menyokong saya dan terus menyokong muzik tempatan tidak kira bangsa yang ada di Sabah dan juga Sarawak.



”Saya ucapkan terima kasih kepada pihak FH Media kerana sudi menemubual dan bertanyakan tentang perkembangan saya.

”Terima kasih juga kepada Kaban Music Production, kerana memberi saya peluang untuk berada dalam bidang nyanyian di bawah syarikat rakaman KMP, dan terima kasih juga keluarga dan rakan-rakan artis KMP yang selalu menyokong Vincy.

”Untuk peminat dan pendengar muzik lagu tempatan yang berada di luar sana terutamanya yang mungkin sudah kenal Vincy, nantikan single saya yang ketiga bertajuk ‘Sorimpatayon Oku Lumangad.’ 

”Saya berani jamin lagu ini akan membuat tekanan anda semua hilang apabila mendengar lagu ini.

”Terima kasih atas semua komen-komen yang positif di laman youtube saya." Ujarnya Mengakhiri perbualan