Kalau Cinta bawa kahwin, Bukan Bawa Cek In - Sakinah



Terikut-ikut dengan trend kotak, dengan tulisan berbunyi " Kalau Cinta Bawa Kahwin,  Bukan Bawa Cek In,” Sakina vs Ondu yang terkenal dengan parodinya mendapat perhatian oleh peminatnya sehingga mencapai 2.1 ribu perkongsian di laman sosial facebook.

Katanya ketika dihubungi untuk berikan komen berkenaan kenyataan itu, dia akui segelintir lelaki di luar sana memilih untuk bersama dengan teman wanita mereka melalui cara yang bertentangan dengan agama dan melakukan perkara perkara yang memalukan.

"setiap orang inginkan hubungan cinta dengan pasangan masing-masing, berkekalan sehingga berumah tangga. Namun ada segelintir lelaki sebelum menikahi mereka telah mempergunakan kaum perempuan dan meninggalkan mereka saat sudah tidak berguna lagi,” Katanya.

Menurutnya lagi, kaum perempuan juga haruslah menjaga kesucian dan harga diri mereka. 

”Perempuan adalah amanah keluarga bagi lelaki dan bukanlah dilepaskan selepas sudah jemu.



"Adalah lebih baik di halalkan hubungan itu dahulu tidak kira agama mana pun, kerana itu lebih baik daripada menjadi bualan orang ramai, dan saya begitu terkesan dengan kes-kes seperti pembuangan bayi yang berlaku, dan perkara seperti ini boleh dielakan," ujarnya lagi.

Bagi sedikit perkongsian perkembangan terkini sakinah,  menurutnya dia kini kerap menerima undangan sebagai pengacara majlis dan juga sedang berjinak-jinak dengan bidang pembinaan rumah yang diperbuat daripda batang aiskrim.

"Buat masa sekarang ini saya hampir menyiapkan projek tersebut yang mana adalah hadiah hantaran bagi kawan terdekat, dan jika tiada halangan saya akan membuka tempahan untuk orang ramai selepas ini.

”Pembinaan rumah diperbuat dari kayu aiskrim itu, sebagai hantaran dan simbolik membina rumah tangga bersama pasangan,” ujarnya mengakhiri perbualan.