Saya Tidak Menolak Jika Ada Tawaran Berlakon - Anti Kilin



Anti Kilin atau nama sebenar Rujilin Gomili antara pelakon yang menjadi perhatian ramai apabila berkongsi parody yang mencuit hati sehinggakan nama Anti Kilin melekat di bibir peminat-peminat seni hiburan tempatan suatu ketika dahulu. Apatah lagi ketika membintangi filem aksi AVAKAS yang kini bakal ditayangkan kali kedua pada 21 Februari ini di panggung wayang MBO Imago Kota Kinabalu.

Sungguhpun hanya menjadi pelakon tambahan dengan memagang watak sebagai Bobohizan dalam filem tersebut yang bertanggungjawab memandikan Avakas yang pada ketika itu seusia empat bulan dengan tujuh jenis bunga yang telah menyebabkan bebarapa puak tidak berpuas hati dengan keadaan itu, lakonannya itu menampakkan kemampuannya memegang pelbagai watak yang pada dasarnya pernah berlakon sebagai nenek kebayan dan penggoda dalam telemovie Van Lihing.

Ketika dihubungi baru-baru ini, selepas daripad AVAKAS, dia kini ingin fokus dalam bidang perniagaan katering makanan tradisinya. Namun demikian, dia tidak akan menolak sekiranya terdapat tawaran untuk berlakon.

"Kalau ada yang memanggil untuk pelakon sampingan, boleh juga jika tiada halangan." Kata Anti Kilin.