Kumpulan Koir The Male Efficient Anjur Program Kemasyarakatan



Bertempat di Dewan Masyarakat Tambunan, Kumpulan Koir The Male Efficient  berkolaborasi bersama Persatuan Unduk Ngadau Sabah dan Pejabat Daerah Tambunan akan menganjurkan program kemasyarakatan The Male Efficient Community Choir Reachout bertempat di Dewan Masyarakat Tambunan dan Rumah Kanak-kanak Bondulu Toboh, Tambunan pada  13 hingga 15 Mac nanti.

Sesuai dengan tema 'Its Time To Give Back!' pelbagai program telah dirancang antaranya Konsert Komuniti Koir, Lukisan Mural, membina mini perpustakaan dan lain- lain.

Objektif penganjuran ialah untuk memupuk perasaan bertimbang rasa dan keprihatinan  terhadap komuniti di persekitaran.

Mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan amalan nilai sivik dalam diri setiap individu dan memberikan sumbangan dalam bentuk tenaga, pengetahuan serta kemahiran.

Membentuk keperibadian dan memahami konsep kerjasama serta tolong menolong antara satu dengan yang lain serta memupuk semangat hidup bersama dalam suatu komuniti tanpa mengira agama, bangsa, kepercayaan dan ideologi.

Dan terakhir ialah menjadi warganegara yang patriotik, prihatin dan bertanggungjawab terhadap masyarakat dan negara.