Boros Ginawonu Taruhan Ketiga Jexley Latius



Berhasrat untuk pergi lebih jauh dalam industri seni muzik tempatan adalah perancangan Penyanyi baharu yang berasal dari kampung Sarang Kota Belud iaitu Jexley Latius.

Mempertaruhkan lagu ciptaan Okom bertajuk  Norologo yang dirakamnya pada pertengahan tahun lalu untuk berjinak- jinak dalam industri seni tempatan.

"Ianya bermula pada tahun lalu secara kebetulan apabila rakan serumah saya membeli peralatan studio untuk rakaman suara dan rakan saya itu mula aktif mencipta lagu maka disitulah timbul keinginan saya untuk ada lagu sendiri.

"Saya meminta dia untuk mencipta lagu mengenai kisah cinta saya maka terhasillah lagu bertajuk Norologo dalam bahasa Dusun Tobilung ini.

"Lagu pertama itulah permulaan saya berjinak-jinak di dalam bidang seni suara, Sebelum ini saya hanya bernyanyi di majlis keramaian di kampung dan juga di aplikasi smule.

"Kemudian saya telah berkenalan dengan seorang artis sabah Alfius Masugal dan dia telah menciptakan lagu solo kedua saya bertajuk Haro Suai Korohian Nu dan juga lagu ketiga saya yang terbaharu tahun ini iaitu Boros Ginawoku," kongsinya ketika dihubungi.

Menurutnya lagi, Ketiga-tiga lagu tersebut telah menjalani rakaman di Okom Production manakala muzik dan mastering pula dilakukan di Tuni Microstudio.

Apabila ditanya tentang penceritaan lagu baharunya itu, ia penceritaan dirinya sendiri iaitu luahan hati seorang lelaki pada seorang wanita yang benar-benar dicintai dan tersemat di dalam hati, lagu ini menggambarkan betapa setianya seorang lelaki pada wanita itu," tambahnya lagi.

Ujarnya lagi, ketiga-tiga lagu tersebut sudah dihantar ke stesen radio KupiKupi FM dan kini dia sedang dalam perancangan mengeluarkan dua lagi lagu baharu iaitu Lopoto Tupus Nu hasil ciptaan Kuladoi dan lagu bertajuk Aku Tetap Setia, dihasilkan oleh Alpius dan liriknya pula oleh Felicia Petrus.

"Salam perkenalan dari saya, teruskan menyokong lagu-lagu tempatan dan semoga industri seni suara tempatan akan terus berkembang.

"Dan terima kasih juga buat FH Media kerana banyak membantu pengiat seni tempatan dalam mempromosikan artis baharu terutama seperti saya," katanya mengakhiri perbualan.





Jexley- Boros Ginawoku (Official Lyric Video)







 


Comment As:

Comment (0)

No comment found!