Semua Aktiviti Pesta Kaamatan Dan kalimaran Dibatalkan



Viral di laman sosial Facebook dan Whatsapp tentang pembatalan penganjuran perayaan Pesta Kaamatan dan Sugandoi pada tahun ini, sehubungan dengan itu,  FH Media  menerima banyak teks bertanyakan tentang kesahihan berita tersebut walaupun kenyataan akhbar sudah dikeluarkan.

Paling menyedihkan kerana banyak yang sudah membuat persediaan untuk menyertai Unduk Ngadau dan Pertandingan Sugandoi.

Wartawan FM Media telah menghubungi Pengerusi Sugandoi, Asmin Mudin berkaitan pembatalan penganjuran tersebut.

Menurutnya, semua aktiviti Kaamatan memang dibatalkan tidak kira yang melibatkan daerah atau kampung.

Setakat ini dia juga sudah mendapat info bahawa peserta Sugandoi untuk Putrajaya dan Labuan juga ditunda.

"Kepada bakal para peserta Sugandoi 2020, perkara ini di luar kawalan, mungkin ada hikmah disebaliknya yang Tuhan berikan kepada kita dan kita kena akur serta menerima dengan pasrah," katanya ringkas.

Arahan pembatalan tersebut melibatkan acara Pesta Kalimaran dan lain- lain acara berskala besar Negeri Sabah.

Penularan wabak Covid 19 yang kini sudah memasuki gelombang kedua dan semakin membimbangkan dan semua jawatankuasa penganjuran di semua peringkat daerah sudah dimaklumkan mengenai pembatalan tersebut berikutan arahan daripada Ketua Menteri, Datuk Seri Shafie Afdal yang mahu acara tersebut dibatalkan.

Difahamkan setakat ini, tiga kes positif COVID-19 telah direkodkan di Sabah.

Kes pertama direkodkan di Tawau membabitkan lelaki berusia 58 tahun dan kes kedua difahamkan di Papar melibatkan lelaki berusia 42 tahun. Manakala, maklumat mengenai kes ketiga di Kota Kinabalu masih belum diketahui.

Berikutan penularan wabak berkenaan, Kerajaan Negeri Sabah turut mengeluarkan kenyataan agar semua perhimpunan yang melibatkan orang ramai yang melebihi 50 orang hendaklah ditangguhkan bagi mengelakkan jangkitan COVID 19 bertambah.





APA KATA ARTIS SABAH MENGENAI FH MEDIA