Final Universal Elegance Queen Of Malaysia Ditangguhkan



Dengan mengambil kira faktor keselamatan bersama dan mengikut keputusan daripada Perdana Menteri Tan Sri Dato Haji Muhyiddin Yassin yang memutuskan untuk melaksankan Perintah Kawalan Pergerakkan bermula hari ini 18 Mac sehingga 31 Mac 2020 di seluruh negara, Hidieo Alexander Rio George selaku penganjur bagi pertandingan Universal Elegance Queen Of Malaysia 2020 anjuran Rio Event Entertainment telah mengambil langkah untuk menangguhkan acara pertandingan akhir yang dijadualkan berlangsung pada 29 Mac 2020 bertempat di The Palace Hotel Kota Kinabalu.



Dalam pada itu, menurut Hidieo tarikh bagi pertandingan akhir akan ditetapkan kelak selepas Perintah Kawalan Pergerakkan selesai.



Pihak penganjur Rio Event Entertainment memohon maaf dan disusuli ucapan terima kasih kepada barisan peserta, penaja dan individu yang bekerjasama dalam menjalankan acara terbabit.