Tempoh PKP, Julie J. Tokiu Gunakan Ruang Bersama Keluarga



Biarpun terpaksa duduk dirumah sahaja kerana perintah yang dikeluarkan tetapi Penyanyi Julie J Tokiu yang aktif melakukan pelbagai aktiviti riadah sebelum ini tetap melakukan aktiviti kegemarannya itu demi mengekalkan kekuatan stamina tubuh badan.

"Saya dan keluarga tetap melakukan aktiviti luar tetapi hanya diperkarangan kediaman sahaja iaitu memancing ikan dan menaiki bukit bersama keluarga dan suami.

"Bagi rutin harian pula sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ini, saya kerap membuat 'Pancake' makanan kegemaran anak - anak untuk sarapan pagi.

"Selain itu saya dan suami juga mengambil peluang ini untuk membersihkan halaman rumah dan mendedahkan kepada anak - anak untuk melakukan pekerjaan rumah seperti melipat pakaian bersih dan menyapu lantai,  anak - anak yang berusia lapan dan sembilan saya akan menyuruh mereka memberi makanan haiwan peliharaan kami iaitu kura - kura dan labi - labi," katanya. 

Julie berkata sebelum Perintah Kawalan Pergerakan diumumkan oleh pihak kerajaan yang bermula pada 18 Mac lalu, dia mengalami demam panas dan sudah mendapat rawatan di hospital tetapi dia sudah pulih sepenuhnya.


"Bagi menjamin kesihatan diri walaupun seharian berada di rumah tidak semestinya kita hanya perlu duduk sahaja, dalam rumah pun kita boleh melakukan aktiviti yang melibatkan stamina tubuh iaitu melakukan senaman seperti 'Jogging' di halaman rumah bersama anak - anak dan berkaraoke.

"Sepanjang tempoh itu juga pelbagai ragam dia anak- anak yang mencuit hati antaranya bila pasangan anak kembar saya meminta kebenaran mencabut bulu kaki saya dan suami," katanya.

Sepanjang tempoh berada dirumah, dia dan keluarga kerap minum air dan mencuci tangan  dan akan mengenakan topeng muka dan sarung tangan sekiranya terpaksa keluar dari rumah.

"Sekiranya perintah ini dilanjutkan ekoran daripada penularan wabak Korona Virus yang semakin meningkat saya akan lebih mengutamakan anak - anak, saya akan pastikan mereka sentiasa sihat sebagai ibu pasti akan sedih jika melihat anak - anak sakit. 

"Walaupun saya sendiri kurang sihat demi mereka saya akan melawan sakit yang saya alami ini kerana mereka adalah sumber kekuatan dalam hidup, selain itu saya akan menyediakan bekalan makanan harian yang mencukupi.

"Nasihat saya pada anda semua dengarlah arahan dari Perdana Menteri kita untuk terus berada di rumah 'Stay At Home and Stay Safe' amen," akhirinya.