Semakan Status Penerimaan BPN Melalui Talian



Penerima BSH layak menerima BPN secara automatik manakala golongan M40 yang mempunyai data cukai pendapatan dengan LHDNM pula akan dinilai berdasarkan jumlah pendapatan dan kriteria lain yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Perkara ini dimaklumkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dan  golongan B40 yang menerima BSH serta golongan M40 yang telah mempunyai data cukai pendapatan dengan LHDN tidak perlu membuat pendaftaran bagi permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN).

Semakan status penerimaan BPN boleh dilakukan secara dalam talian mulai 01 April 2020 dengan melayari portal rasmi LHDNM di https://www.hasil.gov.my atau

https://bpn.hasil.gov.my. Sekiranya status semakan adalah 'tiada rekod', orang ramai boleh membuat permohonan baharu dengan klik butang 'Permohonan Baru'. Permohonan baharu secara dalam talian adalah dibuka sehingga 30 April 2020.

Untuk semakan penerimaan BPN orang ramai hanya perlu masukkan Nombor Kad Pengenalan, masukkan kod captcha yang diberikan dan keputusan akan dipaparkan.

Tiada permohonan secara manual menggunakan borang setakat ini memandangkan semua premis LHDNM ditutup sementara sehingga tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat.

Permohonan yang tidak berjaya, rayuan boleh dikemukakan secara dalam talian dengan melayari portal rasmi LHDNM di https://www.hasil.gov.my atau https://bpn.hasil.gov.my bermula 03 April 2020.

Perlu diingatkan, memandangkan trafik capaian ke portal-portal rasmi yang dinyatakan di atas adalah amat tinggi buat masa ini, orang ramai mungkin menghadapi kesukaran untuk membuat semakan. Orang ramai dinasihatkan untuk membuat semakan di luar waktu puncak. Segala kesulitan yang timbul amatlah dikesali.

Untuk rekod, bayaran BPN akan dilakukan secara berperingkat pada bulan April dan Mei 2020.

Sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan perkara di atas juga boleh dimajukan kepada LHDNM melalui:

a) HASiL Live Chat;

b) Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas

https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/;

dan

c) Media Sosial Rasmi LHDNM iaitu:

- Facebook - https://www.facebook.com/LHDNM

- Twitter - https://twitter.com/LHDNMofficial