Berdiam Diri Di Rumah Membendung Penularan COVID-19 - Rey Kimara



Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dilaksanakan di seluruh negara sedikit sebanyak menganggu perjalanan ekonomi masyarakat umum.

Namun semua maklum langkah tersebut sememangnya satu pendekatan yang baik dalam usaha mengekang penularan virus Covid-19 dari terus merebak.

Dan untuk meleraikan kebimbangan masyarakat umum tentang ekonomi keluarga yang semakin meruncing, kerajaan menyediakan pelbagai bentuk bantuan dengan harapan dapat meringankan bebanan yang ditanggung.

Penyanyi Rey Kimara sempat dihubungi oleh FH Media untuk memberi sedikit pendapatnya tentang situasi yang melanda negara sekarang.

"Jika dilihat dari sudut positif, berdiam diri di rumah dapat membantu usaha kerajaan dalam membendung penularan covid19.

"Bercakap tentang bantuan kewangan yang akan disalurkan melalui Bantuan Prihatin Nasional (BPN), pengeluaran KWSP melalui akaun dua membuat masyarakat tidak begitu terkesan kerana kewangan kita dibantu.

"Yang perlu dilakukan hanya membeli bekalan makanan untuk keluarga dan selepas PKP berakhir kita smua akan lebih bersemangat untuk bekerja dan mencari sumber kewangan.

"Dari sudut negatif pula akan ada banyak  'Scammer' yang berusaha untuk mengkaburi mata orang ramai, oleh itu saya meminta orang ramai agar berhati- hati dan patuhi arahan untuk terus berada di rumah sepanjang pelaksanaan PKP berkuatkuasa," akhiri Rey.