Saya Pilih Projek Dokumentari Kegiatan Seni Di Sabah - Freddy Harmthon



“Syukur semua berjalan lancar, kertas kerja projek dokumentari pun sudah dihantar ke FINAS, sekarang masa untuk buat kerja studio dan juga penyediaan laporan pembentangan semester akhir projek Master”

Demikian status whatsapp Pengarah Urusan F Harmthon Production Sdn Bhd, Freddy Harmthon yang mendapat perhatian netizen baru-baru ini.

Menurut Freddy ketika dihubungi, projek dokumentari yang dimaksudkannya itu adalah projek untuk mendapaatkan Dana Kandungan Digital ( DKD ) daripada FINAS.

”Ini adalah pengalaman pertama saya untuk menghantar permohonan. Dapat atau tidak, itu terpulang kepada rezeki. Kalau rezeki itu diberikan kepada saya, maka ianya satu penghargaan kepada penggiat seni dan peluang baik yang tidak akan saya lepaskan begitu sahaja. Jika tidak pun, saya akan cuba lagi di tahun yang akan datang,” katanya.

Freddy yang memilih Dokumentari sebagai kertas kerjanya, mengakui bahawa ianya melibatkan penggiat seni di Sabah.

”Jom Kita Snap” itulah tajuk projek yang akan di kelolahkan oleh syarikat F Harmthon Production Sdn Bhd yang mana ianya melibatkan temubual artis tempatan di Sabah di samping membuat kelainan dari segi lokasi penggambaran.



”Kami sudah ada pengalaman dalam penggambaran segmen ini dan sudah pastinya tidak akan menghadapi masalah yang besar untuk menyiapkan projek.

”hasrat saya ialah untuk memperkenalkan artis kita ke mata dunia dan dengan bejet ini, kalaulah saya dapat, saya akan bawa dokumentari ini ke peringkat antarabangsa.

”Sama seperti filem AVAKAS, kita tidak menyangka filem ini sampai ke London namun kini telah tersenarai dan bakal ditayangkan. Tahniah kepada mereka.

”Mereka lah inspirasi saya untuk bawa dokumentari mengenai kegiatan kesenian di Sabah untuk ke peringkat yang lebih tinggi lagi.

”Saya percaya dengan kelainan dalam projek ini yang sangat berbeza dengan dokumentari yang lain, sudah pastinya akan memberi impak yang besar kepada industri hiburan tempatan Sabah,” ujarnya.

Anak jati Kiulu ini turut berkata, dia tidak akan berhenti untuk terus menyumbang bakti kepada industri kesenian di Sabah dan ianya juga sejajar dengan matlamatnya bersama FH Media.

Tambahnya lagi andaikata projek ini diluluskan, ianya akan menjadi satu titik tolak untuknya  mengambil artis di bawah naungan F Harmthon Production Sdn Bhd dan memberi peluang kepada mereka untuk dikenali sehingga ke mata dunia.

”Ini adalah hasrat saya dari dulu tapi saya tidak tahu bagaimana untuk memulakan, tapi itulah dikatakan rezeki. Bila kita jujur untuk melakukan sesuatu dan ikhlas membantu, rezeki itu akan datang dengan sendiri tanpa kita duga,” kongsinya.

Menyebut tentang FH Media yang kini semakin mendapat perhatian umum, Freddy turut menyatakan rasa syukur kerana penerimaan peminat hiburan tempatan semakin meningkat sehinggakan portal hiburan itu sesak dengan pengunjung.



”Hampir setiap hari talian sesak dan tidak dapat dilayari. Apabila saya bertanya dengan ketua bahagian pengendalian laman web, saya terkejut apabila diberitahu pengunjung yang melayari laman web ini melebihi had maksimum setiap jam iaitu 75,000 pengunjung.

”Syukur dan terima kasih kepada mereka. Saya sangat berharap agar sokongan ini akan berterusan,” katanya lagi.

Berikutan dengan masalah tersebut juga, Freddy yang pernah menerima anugerah Penyanyi Dusun Baharu kategori Lelaki oleh KDCA 2014 ini, berhasrat untuk menaiktaraf kapasiti laman sesawang ini bagi menampung kesesakan yang di alami.

”Saya perlukan kos bulanan untuk tujuan itu namun saya tidak mampu untuk lakukannya kerana tidak ada sumber kewangan yang kukuh pada masa ini.

”Untuk menaiktaraf kapasiti yang mampu menampung pengunjung yang ramai, FH Media memerlukan anggaran kos sewaan bulanan sebanyak RM 1500 namun hasrat itu terpaksa dilupakan seketika kerana kekurangan dana.

”Saya akan berusaha untuk itu dan saya berharap agar semua berjalan dengan lancar,” tambahnya lagi.

Sungguhpun kini FH Media tidak mampu menampung pengunjung yang ramai, Freddy turut berharap agar semua peminat hiburan tempatan tidak bosan dan mengeluh kerana kesesakan yang berlaku dan menggangap perkara itu menjadi satu cabaran semua.


Comment As:

Comment (0)

No comment found!