22 Kes Terbaharu Positif Covid-19



Perkembangan terkini Covid-19 Malaysia pada 17 Mei 2020, jumlah kes positif baharu adalah seramai 22 kes.

Jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 6,894 kes. Jumlah pesakit discaj adalah seramai 59 orang, ini menjadikan jumlah kes pesakit yang telah sembuh dan discaj ialah 5,571 kes.

Pesakit yang masih aktif dirawat adalah seramai 1,210 orang. Seramai 13 orang daripadanya sedang dalam rawatan ICU, manakala 7 orang lagi memerlukan bantuan alat pernafasan.

Sukacita dimaklumkan bahawa tiada kes kematian baharu, ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian di Malaysia kekal di kumulatif 113 kes.

Sementara bagi di negeri Sabah dilaporkan tiada pertambahan kes positif Covid-19, ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Sabah kekal di kumulatif 331 kes.

Dilaporkan tiga pesakit kini sembuh di Daerah Tawau, Keningau dan Ranau masing - masing mencatatkan seorang pesakit sembuh, ini menjadikan jumlah kes pesakit yang telah sembuh dan discaj adalah sebanyak 299 kes.



Berikut jumlah kumulatif kes positif bagi negeri Sabah:

Tawau - 83 kes. 

Kota Kinabalu - 54 kes. 

Lahad Datu - 47 kes. 

Tuaran - 22 kes.

Kinabatangan - 22 kes.

Sandakan - 21 kes.

Keningau - 18 kes. 

Penampang - 12 kes.

Beaufort - 11 kes.

Putatan - 8 kes.

Kunak - 8 kes.

Kota Belud - 5 kes.

Papar - 4 kes.

Sipitang - 4 kes.

Ranau - 3 kes.

Tambunan - 3 kes.

Semporna - 5 kes. 

Beluran - 1 kes.