Single Bertajuk Ragam Di Hari Raya Ada Keunikan Tersendiri - Danz



"Ramadan tahun ini kerjaya seni saya memang terkesan oleh wabak Covid-19 kerana tidak ada aktiviti seni dapat dilakukan berbanding tahun lepas.

"Walau bagaimana pun saya tetap bersyukur masih dapat menunaikan ibadah puasa bersama keluarga di rumah," kata Penyanyi Ardan Johar ketika dihubungi oleh FH Media.

Ceritanya lagi, sambutan raya pada tahun ini tidak lah semeriah seperti tahun sebelumnya kerana dia tidak dapat pulang ke kampung halaman untuk beraya bersama keluarga.

"Memang sangat sedih dan persediaan pun ala kadar sahaja kerana menyambut raya di rumah saja bersama isteri tanpa dapat menziarahi keluarga di kampung.

"Sepanjang aktiviti Ramadan tahun ini, saya sentiasa berada dalam mini studio untuk mencari ilham membuat lirik dan lagu.

"Dan saya berjaya menghasilkan sebuah single terbaru saya bertajuk Ragam Di Hari Raya,

saya bersyukur walapun dunia sekarang dilanda Covid-19 tetapi ia bukan lah penghalang bagi saya untuk terus berkarya.

"Uniknya lagu ini kerana saya buat ala- ala rentak Sumazau, idea dan ilham timbul memandangkan tahun ini kita kaamatan Raya," ujarnya.

Finalis yang pernah tersenarai dalam Carta Lagu Artis Sabah (CLAS) pada 2018 ini berharap semua peminat lagu- lagu tempatan dapat menerima lagunya itu dan dapat mengubati kemeriahan suasana Raya dan Kaamatan walaupun disambut di rumah sahaja.

"Lagu ini boleh juga didengari di SabahFM dan KupiKupiFM dan jangan lupa untuk menonton di saluran Youtube dan bolehlah like dan share.

"Di kesempatan ini saya Danz sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya buat semua rakan- rakan dan juga Selamat Menyambut Pesta Kaamatan," katanya mengakhiri bicara.


Comment As:

Comment (0)

No comment found!