JUmlah Kes Jangkitan COVID-19 Meningkat 172 Kes Terbaharu



Perkembangan terkini Covid-19 Malaysia pada 25 Mei 2020, jumlah kes positif baharu adalah seramai 172 kes.



Jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 7,417 kes. Jumlah pesakit discaj adalah seramai 34 orang, ini menjadikan jumlah kes pesakit yang telah sembuh dan discaj ialah 5,979 kes.



Pesakit yang masih aktif dirawat adalah seramai 1,323 orang. Seramai 8 orang daripadanya sedang dalam rawatan ICU, manakala 4 orang lagi memerlukan bantuan alat pernafasan.



Sukacita dimaklumkan bahawa tiada kes kematian baharu, ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian di Malaysia kekal di kumulatif 115 kes.



Sementara bagi di negeri Sabah dilaporkan tiada pertambahan kes positif Covid-19, ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Sabah kekal di kumulatif  343 kes.



Dilaporkan tiada pesakit sembuh, ini menjadikan jumlah keseluruhan kes pesakit yang telah sembuh dan discaj kekal di kumulatif 305 kes.



Berikut jumlah kumulatif kes positif bagi negeri Sabah:



Tawau - 84 kes.



Kota Kinabalu - 59 kes.



Lahad Datu - 48 kes.



Tuaran - 23 kes.



Kinabatangan - 23 kes.



Sandakan - 21 kes.



Keningau - 18 kes.



Penampang - 12 kes.



Beaufort - 12 kes.



Putatan - 8 kes.



Kunak - 8 kes.



Kota Belud - 5 kes.



Papar - 4 kes.



Sipitang - 4 kes.



Ranau - 3 kes.



Tambunan - 3 kes.



Semporna - 5 kes.



Beluran - 1 kes.



Kota Marudu 1 kes.