227 Kes Positif Covid-19 Pada 4 Jun



Perkembangan terkini Covid-19 Malaysia pada 4 Jun 2020, jumlah kes positif baharu adalah seramai 227 kes. 

Jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 8,247 kes. Jumlah pesakit discaj adalah seramai 28 orang, ini menjadikan jumlah kes pesakit yang telah sembuh dan discaj ialah 6,559 kes.

Pesakit yang masih aktif dirawat adalah seramai 1,573 orang. Seramai 6 orang daripadanya sedang dalam rawatan ICU, manakala 2 orang lagi memerlukan bantuan alat pernafasan.



Sukacita dimaklumkan bahawa tiada kes kematian baharu, ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian di Malaysia kekal di kumulatif 115 kes.

Sementara bagi negeri Sabah dilaporkan tiada pertambahan kes positif Covid-19, ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Sabah kekal di kumulatif 348 kes.

Terdapat dua pesakit kini sembuh di Daerah Ranau dan Tawau dan Daerah Ranau kini kembali Zon Hijau, ini menjadikan jumlah keseluruhan kes pesakit yang telah sembuh dan discaj adalah sebanyak 335 kes. 



Berikut jumlah kumulatif kes positif bagi negeri Sabah:

Tawau - 86 kes.

Kota Kinabalu - 60 kes. 

Lahad Datu - 48 kes. 

Tuaran - 23 kes. 

Kinabatangan - 23 kes.

Sandakan - 21 kes.

Keningau - 18 kes. 

Penampang - 12 kes.

Beaufort - 13 kes. 

Putatan - 9 kes. 

Kunak - 8 kes.

Kota Belud - 5 kes.

Papar - 4 kes.

Sipitang - 4 kes.

Ranau - 3 kes.

Tambunan - 3 kes.

Semporna - 5 kes. 

Beluran - 1 kes.

Kota Marudu 1 kes.