Anak Muda Diseru Sertai Program Agrepreneur Muda



Beluran: Unit Agropreneur Muda di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan baru-baru ini telah mengadakan Jelajah Agropreneur Muda bertempat di Beluran, Sabah. Turut bersama dalam jelajah ini, YB Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee, Menteri Pertanian dan Industri Makanan.



Sektor utama yang terlibat di dalam Program Agropreneur Muda ialah Tanaman, Ternakan, Perikanan dan Industri Asas Tani (IAT) & Pemasaran yang melibatkan pemprosesan makanan.



Promosi hebat Tax Cuti PROTON kini bermula. jangan lepaskan peluang. Cepat hubungi saya.



https://www.fhmedia.com.my/?details&ip=2817&ic=69&title=promosi+proton+cuti+tax+kini+bermula





Menurut Kiandee dalam sidang media, sehingga kini seramai 6,005 orang peserta Agropreneur muda telah berjaya dalam pelbagai sektor yang ditawarkan melalui program Agropreneur Muda, di mana sasaran Kementerian Pertanian dan Industri Makanan bagi pertumbuhan peserta Agropreneur Muda adalah sebanyak 1,200 orang dalam setiap tahun.



“Permohonan Geran Agropreneur Muda (GAM) kini telah diberi perlanjutan sepanjang tahun.Oleh itu saya menyeru agar anak-anak muda turut serta dalam program ini.



“Kementerian juga berhasrat untuk meningkatkan tahap produktiviti Tenaga Kerja Mahir melalui program Agrepreneur muda dengan memberikan sokongan melalui Dana, Latihan dan Kursus,” katanya.



Selain itu, Kementerian ujarnya lagi sangat mengalu-alukan sekiranya mereka yang berumur 18-40 tahun berhasrat untuk menyertai Program tersebut.



Untuk maklumat lanjut berkenaan Program Agropreneur Muda, sila layari portal Kementerian Pertanian dan Industri Makanan di www.moa.gov.my.

Gambar dan sumber : Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan.


Comment As:

Comment (0)

No comment found!